Kawalan Keselamatan Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala AFF - Suzuki 2010

 

Polis telah bersedia sepenuhnya untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil, Ahad ini.

"Kita telah bersedia sepenuhnya dengan jumlah anggota yang cukup termasuk anggota tambahan dari daerah lain. Kita mampu untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium," kata Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh kepada Bernama, Jumaat.

Bagaimanapun, bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, polis memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Anggaplah ini sebagai satu perlawanan bola sepak berunsurkan sosial dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak diingini," kata Mohan Singh yang turut mengingatkan penyokong supaya tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api.

Sekitar 90,000 penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium itu seawal 5 petang.
Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada 29 Disember.

~sumber berita dari FAM

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan