Fitnah & penipuan berada di mana-mana

Assalamualaikum...





Sejak zaman awalan kewujudan manusia di bumi, fitnah dan penipuan sudah mula menghinggapi peradapan manusia.  Kita dapat lihat betapa kemusnahan dan peperangan yang berlaku akibat dari perkara tersebut.

Fitnah, penipuan dan pembohongan dilakukan oleh mereka yang "mengambil" dunia sebagai matlamat hidup mereka bagi memperolehi kesenangan metarialistik, kemewahan dan kemegahan.  Maka dengan itu fitnah wujud dalam pelbagai bentuk serta keadaan.  Dalam masjidpun ada orang berani menipu dan mencuri.  Tidaklah menjadi satu jaminan mutlak akan kebenaran perkara yang disumpahnya bagi orang yang membuat sumpah yang dirancang di dalam masjid dan baru pulang dari mengerjakan umrah atau haji.   

Manusia akhir zaman yang mengejar dunia, akan sanggup membuat apa sahaja asalkan perkara fitnah yang dirancang itu akan kelihatan benar. Puak-puak ini akan cuba berselindung disebalik nama agama bagi meraih simpati. Mereka tidak takut untuk mengeksplotasikan isu-isu agama untuk mendapatkan undi. Dan lama kelamaan fitnah ini semakin membesar lantaran cubaan mereka untuk mempertahankan rancangan pembohongan mereka.

Allah SWT tidaklah semudah itu menjatuhkan bala atau balasan pada hambaNya.  Tidak semestinya jika seseorang yang bersalah itu, jika pergi ke Mekah akan terus dijatuhi hukuman oleh Allah SWT.  Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang.  Allah SWT ingin memberi peluang pada hambaNya untuk memperbetulkan kesilapan.  Adalah menjadi hak mutlak Allah SWT untuk menentukan bila masa dan tempatnya untuk "memberi" hukuman.

Dan apabila dilihat seseorang "pelakon" itu selamat pulang dari Mekah, puak-puak tertentu ini akan mencanangkan bahawa "lihatlah, apa yang kami katakan adalah benar dan buktinya si pengadu selamat pulang ke tanah air...".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan