Piala Suzuki AFF 2010 : Harimau Malaya bisa mencakar Garuda


Assalamualaikum...

Apa lagi yang boleh dikatakan...selain mengucap syukur pada Allah SWT kerana Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan Peringkat Akhir Piala Suzuki AFF bagi edisi tahun 2010.  Walaupun kita kalah pada perlawan akhir pusingan kedua, namun secara agrigat Harimau Malaya mengatasi Garuda yang sebenarnya capek di pentas akhir ini dengan jaringan 4 berbalas 2.

Sepatutnya gawang gol Malaysia tidak dibolosi dengan dua jaringan itu kerana atas faktor tekanan yang dihadapi oleh Indonesia yang terdesak memerlukan jumlah jaringan yang besar, sekurang-kurangnya mahu memenangi perlawanan ini dengan 4 - 0.  Namun rata-rata pemain yang diturunkan oleh ketua jurulatih K.Rajagobal adalah muda.  Kebanyakkan mereka diserapkan dari skuad Harimau Muda A dan B.

Amri Yahyah seperlunya dimasukkan lebih awal, mungkin pada minit ke 50 atau 60 bagi memberi idea baru pada barisan serangan Malaysia yang sebenarnya telah mempelajari "tari langkah" penyerang-penyerang kita semasa bertemu di Bukit Jalil tempoh hari.  Jika Amri dimasukkan, Nurshahrul Idlan Talaha dilihat amat efektif bermain di "flanker" dan boleh sering bertukar tempat dengan Kunanlan kiri dan kanan bagi mengelirukan barisan pertahanan Indonesia.

Nafas saya seakan sesak dengan aksi yang dipamerkan kerana terdapat sedikit kerisauan apabila gerak hati saya nampak lebih awal gerakkan yang dilakukan oleh pemain Indonesia untuk gol pertama itu benar-benar berhasil untuk jaringkan gol.  Pertahanan Malaysia mungkin sedikit alpa dalam menyekat hantaran yang dilakukan oleh pemain Indonesia dan juga terlalu bergantung pada kecekapan penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi (dia ni dah ada couple tau. Mantap habis awek dia, cantik dan cun...).

Antara lain kesilapan kecil pemain Malaysia ialah membiarkan pemain sayap Indonesia membawa bola jauh ke kawasan Malaysia dan pemain tengah Malaysia banyak "mengundur" apabila pemain Indonesia membawa bola.  Sepatutnya pemain Malaysia wajib menyekat gerakkan pemain Indonesia seawal mungkin sebelum sempat mereka masuk ke kawasan penalti ataupun sebelum mereka dapat membuat hantaran.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan