Resipi Apam Beras



Bahan-bahan :

-3 cawan tepung beras (360g)
-1 cawan tepung gandum (120g)
-2 cawan gula pasir (400g)
-1 paket mauripan (11g)
-2 cawan nasi
-3 cawan air (700ml)
-pewarna yang digemari
-kelapa parut secukupnya digaul dengan sedikit garam

Cara-cara :

-Satukan nasi dan air di dalam 'blender' lalu dikisar hingga betul-betul hancur.

-Satukan semua bahan lain dan gaul sebati didalam mangkuk.

-Kemudian tuang kisaran nasi dalam adunan tadi dan gaul sebati kesemua bahan.

-Perap adunan selama 1 jam atau lebih.

-Selepas 1 jam, tuang adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit.

-Setelah sejuk bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa bergaram.

Berbuat baik pada semua - tauladan Polis Chicago


Sarjan B.Hagarty merupakan salah seorang pegawai polis yang masih lagi ada sikap keprihatinan kepada golongan yang kesusahan. Beliau bertugas di Jabatan Polis Chicago, Amerika Syarikat.

Yang menjadi perhatian masyarakat di sana ialah kelakuan beliau yang secara spontan membuat kebaikkan semasa sedang bertugas di suatu kawasan kejiranan.

Setelah ianya menjadi khabar yang menjadi sensasi di laman web sosial penghujung September 2015, salah seorang pengguna Facebook telah mengesahkan bahawa dia ternampak seorang pegawai polis Chicago membeli makanan untuk seorang lelaki yang tiada tempat tinggal dan Jabatan Polis Chicago turut mengesahkan cerita itu dalam suatu siaran di berita rangkaian sosial.

Juru cakap bagi Jabatan Polis Chicago, berkata Sarjan B. Hagarty, seorang polis veteran yang telah berkhidmat selama 35 tahun yang akan bersara tidak lama lagi, makan seorang diri di restoran berkenaan. Dia melihat seorang lelaki menyelongkar tong sampah di luar premis berkenaan untuk mencari sisa makanan. Kemudiannya menyuruh lelaki berkenaan masuk ke dalam restoran dan membelikan makanan untuk lelaki berkenaan.


*sumber dari majalah Time

Resipi Steamed Orange Cake




Bahan-bahan:

10 biji telor (asingkan putih dengan kuning)

12 0z mentega

10 0z gula halus

9 0z tepung gandum

5 0z susu cair (boleh digantikan dengan 1 tin Nestle cream)

1 biji limau sunkist (kulitnya diparut dan jusnya digunakan sebanyak 1 sudu teh)

1 sudu teh esen oren

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam halus

Cara Membuatnya :

1.Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dipukul hingga gebu dan putih.

Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul adunan hingga mesra.

2.Pukul putih telur dan baking powder hingga kembang.

3.Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji hingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi hingga rata.

Masukkan tepung, kacau rata dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus hingga masak.



*Sumber asal dari perkongsian Facebook






Ber 'selfie' tak sedar ada hantu di belakang



Kita mungkin telah mendengar semua cerita dari rakan-rakan mengenai sesuatu yang menyeramkan yang berlaku kepada seseorang yang kita kenali, tetapi anda tidak pernah benar-benar mendapat untuk menyaksikan sendiri. 

Sebaliknya, gadis-gadis ini menyaksikan sesuatu selepas mereka melihat gambar yang mereka rakaman di dalam kawasan sekolah. Ia mungkin akan memberikan anda berasa seram sejuk!.

Ia berlaku di Filipina, iaitu di Rizal High School yang dikenali sebagai sekolah yang paling padat dan sebenarnya pernah dicatatkan di dalam Guinness Book of World Records pada tahun 1993.



Pau besar dan murah kalis GST


Seperti yang disebarkan di dalam Facebook, ada seorang pakcik berniaga kedai makan-minum di Kampung Padang Lerek, Tangkak, Ledang, Johor. Apa yang menjadi perhatian ialah pakcik berkenaan  menjual pau dengan harga yang dianggap terlalu murah di zaman yang serba GST ini.

 

Sebiji pau biasa beharga 50 sen. Pau berkenaan berintikan kaya, kacang, kelapa, kari kentang dan coklat.  Manakala pau daging lembu dan ayam pula berharga cuma 80 sen.




*Nota :

-Alhamdulilah... masih ada usahawan kita yang berniaga sambil bersedekah dengan cara begini. Moga menjadi inspirasi dan semangat pada usahawan kita yang lain.

-Pasti ada caranya untuk buat seperti yang pakcik pau ini buat. Cari dan kaji kelainan untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan