Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Video "Macam Puki" - Carut Dollah Salleh


Menjadi kebiasaan selepas tamat perlawanan bola sekepakan, para jurulatih, pemain simpanan dan pegawai pasukan berjalan menuju ke tempat rehat pemain pasukan lawan untuk bersalaman.

Namun ketika Zainal Abidin Hassan yang merupakan ketua jurulatih skuad Melaka United, menuju ke arah Dollah Salleh (ketua jurulatih Pahang), kedengaran carutan yang tidak disangka akan keluar dari mulut beliau. Seakan tidak dapat menerima hakikat yang Pahang hanya mampu seri bertemu dengan Melaka United.

Hal ini dipercayai berlaku kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai perlawanan pada malam berkenaan. Tidak sangka seorang bekas pemain kebangsaan yang dianggap lagenda boleh menunjukkan contoh negatif seperti ini.

Saksikan video pendek yang sempat dirakam yang menunjukkan Dollah Salleh mencarut :



Suami sedih isteri "makan luar"



Perkongsian kisah dari seorang yang mengalami masalah dalam perkahwinan sehingga menyebabkan isteri keluar rumah dan "makan luar" :

Kisah ini diceritakan oleh seseorang yang berjumpa seorang kenalan lamanya bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan kisah isterinya telah buat 'hal'. Suraya ( bukan nama sebenar ) telah kantoi kerana 'makan luar',  akibat pergaduhan di dalam rumah tangga mereka.

Aman 31 tahun (bukan nama sebenar) menceritakan, kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin.

" Sebelum ni memang aku selalu bergaduh namun kemarahan isteriku akan reda bila dipujuk.." Aman memulakan cerita.

" Pada malam itu aku baru balik dari kedai selepas membeli rokok. Tiba-tiba aku lihat isteri aku keluar dengan keretanya. Aku merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin daripadaku. Aku pun berniat untuk mengekori keretanya dari belakang. 

Tidak dinafikan, bahawa penampilan isteriku yang cantik membuatkan lelaki mana yang melihatnya pasti akan tergoda. Sebelum ini pun rakan karibku pernah memberitahu bahawa isteriku memang cantik. Jadi di masa yang sama juga aku sudah terfikir yang bukan-bukan tentang kelakuan isteriku malam itu.." cerita Aman lagi.

" Setelah 30 minit mengekori kereta isteri dengan motor EX-5 buruk aku ni, tiba-tiba dia berhenti di hadapan sebuah restoran dan bergegas keluar dari keretanya."

" Eh!! Dia nak jumpa jantan mana pulak ni?" tambah si Aman.

" Setelah menunggu hampir 10 minit, aku pun perlahan-lahan mengikuti dari jauh, bimbang isteriku perasan kedatangan aku di situ. Pada fikiranku, kalaulah dapat aku bersemuka dengan mereka berdua, memang aku akan kerjakan cukup-cukup."

" Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu, aku melihat sendiri isteriku makan di luar seorang diri di restoran itu dengan sungguh berselera."

" Sampai hati dia makan tak mengajak aku pun, padahal aku sendiri pun belum makan lagi sejak dari siang tadi. Maklumlah, seminggu bergaduh, lauk satu apa pun aku tak beli. Padan dengan muka aku.." Kata si Aman dengan muka selamba.

Kerani layan bos


Asalnya dari sebuah video tetapi diedit oleh seseorang menjadi dalam bentuk format gambar "gif".  Disiarkan dalam tahun 2015, dikatakan bahawa kerani di dalam gambar berkenaan berbincang dengan bos untuk minta bonus ataupun kenaikkan gaji.

Namun kelihatan bos yang dipercayai berbangsa cina menghampiri keraninya yang duduk di kerusi hadapan mejanya lalu mengajak (telah menggoda kerani berkenaan sebelum itu) untuk memuaskan nafsunya di dalam pejabat.

Aksi selebihnya anda lihat sendiri pada gambar di bawah :



Berbuat baik pada semua - tauladan Polis Chicago


Sarjan B.Hagarty merupakan salah seorang pegawai polis yang masih lagi ada sikap keprihatinan kepada golongan yang kesusahan. Beliau bertugas di Jabatan Polis Chicago, Amerika Syarikat.

Yang menjadi perhatian masyarakat di sana ialah kelakuan beliau yang secara spontan membuat kebaikkan semasa sedang bertugas di suatu kawasan kejiranan.

Setelah ianya menjadi khabar yang menjadi sensasi di laman web sosial penghujung September 2015, salah seorang pengguna Facebook telah mengesahkan bahawa dia ternampak seorang pegawai polis Chicago membeli makanan untuk seorang lelaki yang tiada tempat tinggal dan Jabatan Polis Chicago turut mengesahkan cerita itu dalam suatu siaran di berita rangkaian sosial.

Juru cakap bagi Jabatan Polis Chicago, berkata Sarjan B. Hagarty, seorang polis veteran yang telah berkhidmat selama 35 tahun yang akan bersara tidak lama lagi, makan seorang diri di restoran berkenaan. Dia melihat seorang lelaki menyelongkar tong sampah di luar premis berkenaan untuk mencari sisa makanan. Kemudiannya menyuruh lelaki berkenaan masuk ke dalam restoran dan membelikan makanan untuk lelaki berkenaan.


*sumber dari majalah Time

Video gadis bertudung menari dan orang tua berjoget


Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : 

"Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."

Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."

Menurut Profesor Dr Ahmad Amin (budayawan, cendikiawan dan sejarawan Mesir) , "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."


Pakai tudung tetapi pakaian yang lain mengikut susuk tubuh dan berliuk lenggok badannya.... 
budaya yang dibiasakan secara tak sedar.... Teruk atau tidak, ia masih tidak selaras dengan akhlak Islam.



*Secara tidak langsung, saya turut menasihati dan mengingatkan diri sendiri serta orang lain.
*Video disebarkan dari page facebook Isu Semasa


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan