Perompak salah pilih kedai, dibelasah cukup-cukup

 

Inilah yang sepatutnya berlaku dan diamalkan oleh kita iaitu tidak mudah panik dan berani bertindak melawan penjenayah apabila berada dalam keadaan yang sesuai dan masa yang tepat.   Pekerja sebuah kedai serbaneka, Zhen Yang dan isterinya membela diri dengan melawan dua perompak di dalam premis berkenaan di Gatineau, Que, Canada. Mereka menunjukkan keberanian dan tidak mudah panik.  

Dalam rakaman video cctv, kelihatan Zhen Yang menyemburkan cecair pemedih mata pada kedua orang perompak berkenaan.  Namun salah seorang perompak dipercayai berjaya melarikan diri.  Setelah puas menyepak perompak berkenaan, isteri beliau pergi mendapatkan bantuan dari seorang lelaki dan sejurus selepas itu seorang pegawai polis datang membuat tangkapan.

Video kejadian ini telah dimuatnaik dan disiarkan di dalam laman web MSN Video sejak 8/6/2012.  Tarikh sebenar kejadian boleh dirujuk pada video di bawah ini :

Pemakanan bayi sebelum berumur dua tahun

 

Anak adalah rezeki yang terbesar bagi pasangan suami isteri.  Ia adalah kurniaan Allah SWT yang paling bernilai dan merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan kesungguhan bagi memastikan anak itu membesar dengan baik dari segi rohani dan jasmani.

Semakin anak atau bayi membesar, semakin berminat bayi berkenaan mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Melihatkan perkembangan seperti ini, ada juga ibubapa semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada bayi mereka. 

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana sistem penghadaman bayi anda belum mencapai tahap matang dan juga berkemungkinan mempunyai masalah alahan. Tercekik juga adalah antara petanda sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi. Amat penting untuk ibubapa tahu makanan yang perlu dielakkan mengikut usia bayi / anak berkenaan.

Berikut adalah panduan ringkas yang boleh diikuti oleh ibubapa yang mungkin merupakan kali pertama mempunyai "cahaya mata"...

Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan:-

Semua makanan pejal : Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


4 Hingga 12 bulan :-

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu : Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut

Kacang, Mentega Kacang : Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
Minuman :
Air Kopi / Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


12 bulan hingga 24 bulan :-

Susu Rendah Lemak : Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun dan lihat perkembangannya.

Baru nak "belajau" buat keychain dari fabrik felt

   
Gambar di atas ni adalah keychain felt yang saya belum hiaskan 
dengan aksesori sampingan yang lain.

KEMASKINI | 9 Jun 2012
   
Telah ditambah aksesori iaitu tiga kuntum kecil bunga ros.

Inilah hobi baru saya sekarang iaitu membuat sendiri keychain dari fabrik "felt".  Orang lain dah lama buat benda ni, saya je yang baru ada masa dan kesungguhan untuk membuatnya, itupun setelah terangsang apabila melihatkan "kegebuan" dan "kecomelan" keychain-keychain yang dibuat dan ditunjukkan oleh akak-akak di dalam blog mereka. 

Untuk percubaan yang pertama kali ini, hasil jahitannya tidaklah cantik, maklumlah orang yang baru nak belajau. Setelah meminta nasihat sahabat-sahabat yang merupakan "tukang jahit", ditambah lagi dengan merujuk pada contoh-contoh di internet, saya mengerjakan "sebiji" keychain ini pada waktu malam (7 Jun 2012).

Secara ringkasnya "felt" adalah kain bukan tenunan yang dihasilkan melalui proses pemeluwapan dan tekanan serat bulu dari jenis-jenis benang yang tertentu.  Ia terdiri dari jenis yang kasar dan juga jenis yang sedikit lembut seperti baldu dan terdapat dalam pelbagai warna.

 
kain felt boleh didapati dalam pelbagai warna dan ia mudah dibentuk 
mengikut bentuk atau corak yang diminati.


**keychain dalam bentuk lain hasil dari tangan saya akan menyusul kemudian...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : Singapura-Malaysia

 

KEPUTUSAN PENUH


SINGAPURA  2  -  2  MALAYSIA

minit : 44' - Azamudin Akil  (Malaysia)
minit : 60' - Safiq Rahim (Malaysia)
minit : 87'-  (Singapura)
minit : 93'-  (Singapura)


Perlawanan persahabatan kedua akan dilangsungkan pada 12 Jun 2012 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Terlepas stesyen LRT, Ultraman gelabah

 

Pernahkah anda menaiki LRT ataupun Komuter dan apabila sampai di stesyen yang ditujui, anda tidak keluar lantaran terlelap. Apabila sedar pintu sudah ditutup ataupun sudah terlajak jauh dari destinasi asal?. 

Saya sendiri pernah beberapa kali mengalaminya sewaktu menyambung pelajaran di Kuala Lumpur iaitu di Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan berulang alik dari rumah diTaman Indah Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Semasa menaiki bas pun saya pernah, tapi nasib baiklah stesyen terakhir bas tu dekat dengan perumahan yang menempatkan rumah mak ayah saya.

Cuba anda lihat video di bawah ini.  Walaupun ia nampak "dibuat-buat" (bukan drama profesional), namun ia masih kelakar...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan