Saya sendiri pernah beberapa kali mengalaminya sewaktu menyambung pelajaran di Kuala Lumpur iaitu di Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan berulang alik dari rumah diTaman Indah Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Semasa menaiki bas pun saya pernah, tapi nasib baiklah stesyen terakhir bas tu dekat dengan perumahan yang menempatkan rumah mak ayah saya.
Cuba anda lihat video di bawah ini. Walaupun ia nampak "dibuat-buat" (bukan drama profesional), namun ia masih kelakar...