Perut sudah lapar, lantas kaki melangkah membawa badan dan anggota yang lain menuju ke kawasan deretan gerai makanan dan minuman, yang didirikan atas tapak bekas perhentian teksi, berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka. Boleh dikatakan kesemua gerai yang ada mempunyai pelanggan yang singgah untuk makan dan minum. Kelihatan ramai pelajar dari UiTM cawangan Kampus Bandaraya juga turut berada di "food court" tersebut.
Kaki ini berhenti di salah sebuah gerai yang diyakini "selesa" untuk menikmati juadah pengalas perut. Pesanan telah diambil, lalu lebih kurang lima minit kemudian gelas berisi teh o suam yang dipesan tiba. Lantas tangan ini mencapai gelas berkenaan lalu menyuakan ke mulut aku yang sedang derita disebabkan batuk dan kegatalan tekak. Rasa sedikit selesa. Lalu menyambung penantian untuk menjamah nasi goreng kampung yang telah terlintas di benak semasa melintas jalan ke arah gerai ini. 5 minit, 10 minit, 25 minit makanan yang dinanti tidak kunjung tiba. Dahi dan badan aku sudah menerbitkan butir-butir peluh yang memperlambangkan kejenuhan aku menunggu.
Akhirnya penantian perut aku untuk diisi makanan akhirnya tamat apabila lebih kurang 45 minit kemudian pesanan dihantar ke meja dan kerusi yang aku duduk. Teh o suam tadi sudah hilang suamnya dan tinggal sedikit, lalu aku membuat pesanan air suam sebagai galang ganti pada air teh o suam yang hampir kehabisan itu. Nasib la hujan tak turun sepanjang penantian itu... Kawasan makan adalah di kawasan terbuka, tiada payung, yang ada hanyalah bumbung yang berhampiran dengan bahagian hadapan gerai yang tidak luas.
Pergh..... lama tu... dah tahu bila tiba keadaan tertentu pelanggan akan ramai, sediakanlah ruang masak yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga orang tukang masak bagi memastikan pesanan makanan cepat siap dan segera dapat dihantar ke meja pelanggan. Untung dapat banyak, janganlah kedekut nak gajikan orang. Kalau selalu macam ni, hilanglah pelanggan... Sabar ku ada batasnya...