Baru nak "belajau" buat keychain dari fabrik felt

   
Gambar di atas ni adalah keychain felt yang saya belum hiaskan 
dengan aksesori sampingan yang lain.

KEMASKINI | 9 Jun 2012
   
Telah ditambah aksesori iaitu tiga kuntum kecil bunga ros.

Inilah hobi baru saya sekarang iaitu membuat sendiri keychain dari fabrik "felt".  Orang lain dah lama buat benda ni, saya je yang baru ada masa dan kesungguhan untuk membuatnya, itupun setelah terangsang apabila melihatkan "kegebuan" dan "kecomelan" keychain-keychain yang dibuat dan ditunjukkan oleh akak-akak di dalam blog mereka. 

Untuk percubaan yang pertama kali ini, hasil jahitannya tidaklah cantik, maklumlah orang yang baru nak belajau. Setelah meminta nasihat sahabat-sahabat yang merupakan "tukang jahit", ditambah lagi dengan merujuk pada contoh-contoh di internet, saya mengerjakan "sebiji" keychain ini pada waktu malam (7 Jun 2012).

Secara ringkasnya "felt" adalah kain bukan tenunan yang dihasilkan melalui proses pemeluwapan dan tekanan serat bulu dari jenis-jenis benang yang tertentu.  Ia terdiri dari jenis yang kasar dan juga jenis yang sedikit lembut seperti baldu dan terdapat dalam pelbagai warna.

 
kain felt boleh didapati dalam pelbagai warna dan ia mudah dibentuk 
mengikut bentuk atau corak yang diminati.


**keychain dalam bentuk lain hasil dari tangan saya akan menyusul kemudian...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan