Bicara Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerukunan serta kebahagiaan suami isteri, dahulu dan sekarang


Assalamualaikum.....

Saya tidak pernah memangkah kertas undi untuk mana-mana calon Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ), namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selaku menteri besar negeri Kelantan adalah antara insan yang saya kagum dan hormat atas tingkahlakunya yang penuh kesabaran dan keperibadiannya yang amat baik berbanding dengan sesetengah ahli politik yang lain.

Berikut saya kongsikan cetusan fikiran Tuan Guru mengenai perihal perkahwinan zaman beberapa puluh tahun dahulu dan zaman kini  :


" Orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas tapi alhamdulillah sampai ke tua mereka tak pernah berbalah sampai cerai berai. 

Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan dah bercerai. Ini menunjukkan bahagia tu bukan pada harta yg banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ni bukan boleh beli di market, tapi ia datang dari Allah S.W.T "


p/s : Hal sebegini telah saya alami dalam tahun ini.  Lantaran tidak memiliki rumah dan kenderaan sendiri dijadikan alasan dan tanggapan bahawa saya tidak dapat membahagiakan "anaknya" dan hidup jadi susah jika berkahwin kelak.....

Mengesan virus pada external device (peranti luaran)


Assalamualaikum.....

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan virus yang berkemungkinan ada pada peranti luaran seperti pendrive dan external harddisk....

Terdapat satu virus yang agak merbahaya yang semakin berleluasa dan kerap melanda pengguna komputer yang selalunya terdiri dari pelajar institut pengajian tinggi. Untuk mengesan virus ini adalah dengan melihat pada bar di browser samada Internet Explore atau Mozilla Firefox terdapat perkataan "Restricted By Bro Act". Sekiranya ada, ini menandakan yang pc atau laptop anda mempunyai virus dan ianya akan menyebabkan komputer anda semakin perlahan dan lemah. 

Setakat ini tiada antivirus yang benar-benar berkesan dalam membersihkan semua virus ini melainkan dengan cara manual iaitu memadamkan file "autorun.exe", yang anda boleh lihat dengan memaparkan hidden files.
Virus ini berpunca daripada external devices seperti pendrive, external harddisk dan cd/dvd. Untuk mengesan yang external device yang berkemungkinan mengandungi virus tersebut, anda boleh lakukan perkara ini :
  1. Palamkan pendrive pada USB port.
  2. Jika keluar autorun window, hanya tekan cancel.
  3. Klik pada my computer dan klik butang kanan tetikus pada ikon pendrive.
  4. Jika ada perkataan AUTORUN pada atas sekali dalam senarai menu, maka sahlah pendrive berkenaan berkemungkinan tinggi bermasalah.
  5. Lakukan pada alatan lain seperti external hard disk atau cd. 
Sekiranya perisian anti virus anda tidak dapat membuang "virus autorun", cuba gunakan perisian anti virus jenama lain di komputer yang lain.
Langkah-langkah untuk memastikan file anda selamat sebelum mengambil tindakan penyelesaian yang lain ialah dengan buat backup semua file yang ada di dalam harddisk anda. Scan virus pada komputer anda dan kemaskini perisian antivirus sekerap yang mungkin.

Sejarah sukan bola sepak


 Assalamualaikum...

Sejak kebangkitan prestasi pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya atau Harimau Muda, gelombang sokongan di kalangan peminat sukan bola sepak di Malaysia terhadap skuad kebangsaan tampak semakin ketara dan meningkat.  Pelbagai persatuan dan kelab penyokong ditubuhkan sama ada secara rasmi ataupun tidak. 

Persatuan atau kelab penyokong ini kebanyakkannya bermatlamat memberi dimensi baru terhadap cara sokongan diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, tidak kira sama ada ketika mendapat kemenangan mahupun kekalahan, sokongan moral diberikan secara berterusan, tanpa ada cacian mahupun kata-kata kesat (sepatutnya macam tu lah...).  Paling popular dan berjaya mencetuskan fenomena baru bola sepak di Malaysia, setakat ini adalah Ultras Malaya.

Menurut FIFA (badan pentadbiran bola sepak sedunia), permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi membantu penyebaran dalam populariti sukan ini ke serata dunia dan berkongsi satu laungan "keramat" yang difahami oleh semua bangsa iaitu "Gol...!!!"

Keputusan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih 2012) Negeri Sembilan - Kelantan


 Negeri Sembilan 2  -  Kelantan 1

Assalamuaalikum...

Negeri Sembilan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah apabila menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-1 dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan yang berlangsung pada Sabtu, 7 Januari 2012, pukul 8.45 malam.


Kelantan mendahului Negeri Sembilan hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha dalam minit ke 19, separuh masa pertama.  Kemudian skuad Hoben Jang Hoben menyamakan kedudukan dengan jaringan pemain berjersi 10 iaitu Jean Emmanuel Effa Owona dalam minit ke 30 dan beliau sekali lagi menjaringkan gol dalam minit ke 63, sekaligus ianya gol yang memberi kemenangan kepada Negeri Sembilan. Pengadil memberikan masa tambahan 4 minit sebelum meniupkan wisel penamat.

Kemungkinan mutasi yang berlaku sekiranya logi nuklear yang akan dibina di Malaysia mengalami masalah

 

Assalamualaikum....
Ramai juga yang mempertahankan rancangan pembinaan logi nuklear di Malaysia, sama ada mereka ada kepentingan @ peng "kroni" an, ataupun saja-saja sokong.

Walaupun dikatakan tenaga yang dihasilkan dari loji nuklear adalah lebih bersih dan murah jika dibandingkan dengan teknologi penghasilan tenaga yang lain seperti tenaga solar, hidro ataupun angin, namun ia tetap akan mengundang bencana dan malapetaka seperti di Jepun.

Dengan pembinaan loji nuklear di Malaysia, ia akan lebih menjadikan negara Malaysia sebagai tumpuan atau sasaran musuh-musuh Islam ataupun pengganas antarabangsa.  Besar kemungkinan negara kita akan diugut oleh mereka.

Pada artikel kali ini, saya ingin memaparkan kemungkinan mutasi kehidupan yang berlaku sekiranya sisa loji nuklear tersebar dan mencemari alam sekitar...

 Ikan Epal

Sesumpah Kaktus

 Ikan Pisang

Bunga Singa


**p/s : 

manusia juga telah lama "tercemar" dan bermutasi sejak sekian lama.  Hingga kini manusia ramai yang telah meninggalkan fitrah kemanusiaan dengan melakukan kerosakan dan kemungkaran.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan