Hotel di Melaka yang ada sijil perakuan halal JAKIM



Hanya 14 buah hotel di Melaka diiktiraf halal dan dibenarkan menggunakan perkataan ‘Bufet Ramadan’ atau ‘Iftar Ramadan’ bagi mempromosikan pakej berbuka sepanjang bulan ini. Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal sama sekali dilarang mempromosikan bufet dengan perkataan yang boleh memperdayakan umat Islam. 

Setakat ini hanya 14 buah hotel di negeri ini yang mempunyai sijil halal dan dibenarkan membuat pengiklanan sama ada risalah bercetak, poster, kain rentang, papan iklan dan di media massa. 

Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal tidak boleh mempromosikan bufet sempena Ramadan dengan menggunakan frasa ‘Bufet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’, ‘Jom Iftar’, ‘Citarasa Ramadan’, ‘Selera Ramadan’, ‘Set Ramadan’ dan ‘Jom Berbuka’. 

“Ini kerana frasa-frasa tersebut membawa maksud makanan yang disediakan oleh premis adalah halal dan boleh dimakan oleh umat Islam untuk berbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan Operasi Plastik Hitam Bersendawa.

Larangan itu adalah berpandukan kepada Akta Perihal Dagangan (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). 

14 buah hotel di Melaka yang mempunyai sijil halal adalah :

- Ames Hotel
- Amverton Heritage Resort
- Bayou Lagoon Park Resort
- Bayview Hotel Melaka
- Hatten Hotel,
- Hotel Pantai Puteri
- Hotel Sentral Melaka
- Hotel Sentral Riverview
- IBIS Hotel
- Kings Green Hotel
- LaCrista Hotel Melaka
- Mudzaffar Hotel
- Rosa Hotel
- The Straits Hotel & Suits.


#BuffetRamadan

#SijilHalal

#JAIM

#KPDNHEP

#OpsPlastikHitam

#PontengPuasa

#MelakaHariIni











Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan