Info dari Public Health Malaysia
Adakah lirik lagu… “Dengarkan lah…” masih berputar di minda tanpa henti?
Ia adalah situasi yang dinamakan Earworms
"Earworms" ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda. Majoriti individu, mereka tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi sepertiga rasa TERGANGGU atau apabila lagu-lagu ini berulang ulang di otak sehingga mengganggu ketenteraman.
Ciri-ciri Lagu Earworm
Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat . Muzik bagi ear worm juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu menonjol.
Tips Untuk Menghentikan Ear Worms :
1. Dengarkan keseluruhan lagu
Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu "terperangkap pada gelung" di kepala anda.
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yanb lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu.
3. Abaikan.
Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lengap secara semula jadi dengan sendirinya.
4. Gula Gula Getah
Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus selepas mendengar lagu yang sangat menarik, mereka kurang berkemungkinan diganggu oleh Ear Worm
5. Sibukkan Diri
Adakah ia bahaya?
Kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.
Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah NEUTRAL , tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.
Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika ka berterusan.
Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika ka berterusan.