Spongebob dan Patrick berbaju Melayu, bersampin ucap selamat berpuasa


Watak kartun popular SpongeBob Squarepants tidak ketinggalan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia.

Lebih menarik, menerusi akaun Twitter animasi dari Amerika Syarikat itu, SpongeBob dan rakannya Patrick Star tampil memakai baju Melayu - masing-masing berwarna merah dan hijau - serta lengkap bersamping dan memakai capal.

“Selamat menyambut Ramadan kepada semua,” ciap akaun Twitter tersebut.

Gambar itu turut menyertakan kain rentang yang memaparkan tulisan "Ramadan Mubarak".

Melalui semakan Malaysiakini setakat petang kelmarin (23 April 2020), ciapan tersebut memperoleh lebih 170,000 ulang ciap dan lebih 300,000 tanda suka.

Imej SpongeBob dan Patrick berbaju Melayu itu ternyata mengundang reaksi positf sejumlah pengguna Twitter di negara ini.

“Baju Melayu + samping = Malaysia,” ciap @fxkhrudeen.

Pengguna akaun @_Meen_Meen_ pula memuji ucapan berkenaan selain menyifatkan kedua-dua watak tersebut sebagai menarik.

“Terima kasih Patrick dan SpongeBob, kamu berdua nampak comel,” ciapnya.


Kredit : Malaysiakini

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan