Di dalam detik wabak Covid 19 yang membadai Malaysia serta kebanyakkan negara lain di dunia, ada insan yang begitu amanah memyampaikan bantuan keperluan harian dan peralatan kepada keluarga atau individu yang fakir dan miskin di Malaysia.
Namun ada cerah pasti ada yang mendung, yang putih pasti ada yang hitam. Perbuatan baik yang dilakukan oleh insan yang dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew telah disalah erti oleh beberapa orang termasuklah dari kalangan ustaz atau ahli agama (tak pernah saya tahu pun kewujudan mereka selama ini).
Di bawah ini merupakan beberapa info ringkas pengenalan tentang Ustaz Ebit Lew :
BIODATA
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama : Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :
» SK Bukit Ridan (1991-1996)
» SMK Muadzam Shah (1997-1999)
» SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
» SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
» Universiti Putra Malaysia (UPM)