Covid 19 : Rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanahair


Di bawah adalah contoh kajian kes berkenaan dengan "SOP" yang perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia di waktu PKP.

Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile, bekerja di Singapura. Dia membuat panggilan ke MyGCC untuk bertanyakan mengenai hasratnya untuk pulang ke Malaysia semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Peejah : Saya Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile. Saya Ingin bertanya. Saya warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dan ingin balik ke Malaysia dalam tempoh PKP ini.

Apa yang perlu saya lakukan? Dan betulkah saya tidak boleh terus balik rumah kerana akan dikuarantin terus di Pusat Kuarantin jika sampai di Malaysia?

Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC

Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC : Hi Peejah, saya Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang akan
membantu anda. Rakyat Malaysia yang ingin balik ke Malaysia dari
Singapura melalui jalan Darat / Air / Udara dibenarkan balik tetapi anda perlu :

1. Surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Klinik atau Hospital
di Singapura yang MENYATAKAN BEBAS DARI SIMPTOM COVID 19
2. Surat pelepasan kerja dari Majikan di Singapura
3. Sampai di Malaysia. Anda tidak boleh balik rumah kerana anda
akan terus dikuarantinkan selama 14 hari di Pusat Kuarantin
di bawah kawalan KKM

Sumber : Pegawai Imigresen Yang Bertugsa Di MyGCC/MKN

#MyGCC #MAMPU #JPM

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan