Program myPRIHATIN adalah program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bermatlamat membantu golongan rakyat di bandar yang berpendapatan kurang RM3900.00 untuk memiliki lesen dengan harga lebih murah iaitu RM100.00.
Berikut merupakan syarar permohonan program berkenaan :
1- Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (biru)
2- Umur 16 tahun ke atas
3- Miskin bandar yg Isi rumah RM3000 ke bawah
4- Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu
Buat masa ini di laksanakan WP Kuala Lumpur dan masa akan datang akan dibuat di empat bandar besar seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Program ini akan diperluaskan ke negeri lain dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
NOTA PENTING : calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah Program e-KASIH atau mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Penerima bantuan Baitulmal.
#myPRIHATIN
#JPJMalaysia
#rakyatdidekatiJPJdisenangi