Apple dikatakan bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone 8 antara September hingga November 2017.
Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal dengan gabungan reka bentuk dan perkakasan terkini.
Mengikut khabar angin, iPhone 8 hadir dengan pelbagai ciri terbaru termasuk skrin berteknologi OLED, resolusi lebih tinggi daripada model sebelumnya dengan 2800x1242 piksel selain skrin berukuran 5.8 inci.
Bahkan, iPhone 8 juga dikhabarkan tampil kamera depan tiga dimensi (3D).