Namanya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar atau membacanya buat pertama kali, berkerut dahi dan tersenyum sinis. Namun ia tidaklah melambangkan belacan sebenar digunakan di dalam resipi kek istimewa dari Sarawak ini.
Saya mula "sedar" akan kewujudan Kek Belacan ini ketika menonton rancangan yang disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen di Malaysia ketika pagi raya ke tiga (kalau tak silap). Pengacara rancangan itu menjawab panggilan telefon dari penonton dan bertanyakan hidangan di pagi raya.
Kepada orang Sarawak, jika ada silap pada mana-mana bahagian, mohon maaf ya. Sila kemukakan cadangan untuk sebarang pembetulan.
Berikut adalah salah satu resipi Kek Belacan yang ingin saya kongsikan di dalam artikel ini :
Bahan-bahan :
- 1 peket kecil horlicks
- 1 tin kecil serikaya
- 1 tin kecil nestle cream
- 16oz mentega
- 1 sudu teh esen vanila (pastikan jenama yang benar-benar halal)
- 10 biji telur
- 1 gelas gula halus (1/2 gelas)
- 1 tin susu pekat manis
- 2 gelas tepung gandum
- Browning sugar secukupnya
- satu sudu kecil nescafe (yang sudah dibancuh dengan sedikit air panas)
- 1 sudu besar serbuk koko
Cara-cara pembikinan :
- Masakan air untuk mengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek.
- Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu (jangan pukul orang tak tentu fasal)
- Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata (masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
- Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, serikaya, nestle cream dan pukul sebati
- Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
- Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan nampak kehitaman.
- Gaul adunan sehingga sekata dan sebati
- Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
- Masukkan adunan ke dalam loyang , ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan.
- Kukus dalam masa 4 jam.
- Pastikan ianya sejuk sebelum dipotong (bukan masuk dalam peti sejuk)
Sumber (rujuk resipi je, gambau atas tu saye punye)