Gajet Hand Free untuk pemanduan yang selamat


Di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang pemandu kenderaan melanggar peraturan tersebut di atas sekiranya di tahan memandu sambil menggunakan telefon. Tindakan ke atas si pemandu sekiranya melaksanakan kesalahan ini ialah denda RM300.

Semasa menggunakan telefon bimbit, sewaktu memandu merupakan perbuatan atau tingkah laku bahaya atau “dangerous driving”.

Kenapa menggunakan telefon bimbit semasa memandu di anggap merbahaya? :

1) Tidak dapat konsentrasi sepenuhnya kepada pemanduan.

2) Sekiranya berlaku sesuatu kecelakaan, pemandu sudah tentu tidak dapat kawal kenderaan dengan baik dan selamat.

Jadi apa patutnya seseorang pemandu harus buat kalau beliau menerima sesuatu panggil yang mustahak?

Antara cadangan-cadangan yang boleh seseorang pemandu yang menerima panggilan telefon bimbit itu buat ialah:

1) Berhenti serta merta di bahu jalan untuk menjawab panggilan tersebut.

2) Gunakan alat “hands free” set, kalau ada.

3) Kalau kurang gemar menggunakan sama ada cadangan 1 ataupun 2, terus jangan hirau panggilan tersebut dan teruskan memandu saja.

Di bawah ini merupakan video contoh kajian kes penggunaan "hand free" semasa menjawab atau membuat panggilan telefon.

Hand free yang digunakan dalam contoh ini belum meluas penggunaannya di Malaysia dan mungkin juga belum ada dalam pasaran untuk dibeli oleh pengguna telefon yang juga pemandu kenderaan.





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan