Video lagu Derita Cinta - Osama Yamani


Jamal Abdillah berasa terharu dengan sikap anak sulungnya, Osama Yamani (13 tahun) yang terlalu meminatinya sehingga menjadi peminat nombor satu penyanyi itu.

Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali, 53, itu berkata ketaksuban anaknya itu tidak hanya menerusi kata-kata malah turut merangkumi perbuatan termasuk membeli album-albumnya di pasaran.

“Saya pun pelik kenapa dia (Osama) terlalu taksub sedangkan Jamal Abdillah itu adalah bapanya sendiri. Memang ramai peminat tegar tetapi tidak boleh tandingi sikap Osama terhadap saya.

“Dia tidak pernah jemu menyanyikan lagu-lagu saya dan sanggup membeli album-album saya di pasaran sedangkan album itu adalah album bapanya sendiri. “Apabila saya berada dalam kesusahan, dia yang paling risau dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

“Apabila saya tanya mengapa dia terlalu obses, dia kata dia berasa bangga dan kagum mempunyai ayah seperti saya,” katanya. Selain Osama Yamani, Jamal turut mempunyai seorang lagi anak lelaki Ahmad Zaki Yamani, 6, hasil perkahwinan ketiganya sebelum ini.

Bercerita lanjut, Jamal berkata dia turut tidak menolak kemungkinan bahawa kedua-dua anaknya itu menunjukkan minat terhadap cabang seni. Justeru itu, dia tiada halangan jika mereka menyusuri jejak langkahnya untuk menceburi bidang muzik apabila dewasa kelak.

“Kita tidak boleh sekat atau terlalu tegas untuk menentukan pilihan kerja atau masa depan anak-anak tetapi mereka perlu ada asas ilmu di dada.

“Kalau betul minat muzik, mereka perlu belajar ilmu muzik di tempat yang betul,” katanya. Jamal berkata perkara tersebut menjadi pegangannya berdasarkan pengalaman hidup yang dilaluinya.

“Sebagai contoh, jika masa saya muda dulu arwah bapa tahu saya minat muzik, tentu saya sudah dihantar ke kelas muzik dan belajar muzik secara formal.

“Mungkin pada hari ini, saya akan lebih berjaya daripada pencapaian yang saya miliki. Saya bukan sahaja boleh menyanyi tetapi mungkin sudah menjadi pemuzik hebat barangkali.

“Sebab itu saya tekankan perkara sama pada anak-anak. Jika betul mereka cenderung ke arah muzik atau apa saja cabang seni, dapatkan pendidikan formal sebagai asas,” katanya.

Berikut adalah rakaman nyanyian dari Osama Yamani yang menyanyikan lagu berjudul "Derita Cinta"





*Sumber : mStar Online
 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan