Seorang pekebun sangat kesal dengan sikap sebilangan remaja-remaja nakal di Kampung Pisang yang
selalu mencuri nangka di kebunnya. Namun dia tidak dapat menangkap remaja berkenaan dan tiada sebarang bukti untuk menuduh sesiapa yang bertanggungjuawab atas gangguan di kebunnya.
Setelah perkara ini berlarutan beberapa lama, akhirnya pekebun berkenaan mendapat ilham.. Maka pada suatu petang, di
tengah-tengah kebunnya dipacakkan papan tanda yang besar dan bertulis :
"AWAS... SALAH SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN PEROSAK"
Keesokan harinya, pekebun itu gembira kerana beliau mendapati nangkanya itu tidak dicuri lagi. Selang beberapa hari selepas itu, pekebun ini pergi lagi ke kebunnya untuk memetiknangka untuk dijual di pasar besar di Pekan Duku. Memang pasti tiada kelihatan kesan-kesan nangkanya dicuri.
Namun demikian, beliau sangat terkejut kerana di sebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang tertera ayat :
"KINI ADA LIMA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN"
*Komen :
-mungkin sebilangan pembaca tak terfikir dan tak nampak "punch line" cerita ini.