Jempol dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air

 

Sebahagian kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi esok.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata, penutupan bekalan air sementara itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan penyambungan kabel serta meter panel baru di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas.

Katanya, kawasan Tampin yang terbabit ialah Kem Sirajuddin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning/Parit Buluh, Taman Semarak, Taman Sri Air Kuning, Taman Air Kuning, Kampung Baru Air Kuning dan Air Kuning Selatan.

"Turut terbabit ialah Kampung Mantai, kawasan Jalan Gemas, Jalan Mahkamah, Taman Molek, Rumah Rakyat Gemas, Taman Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Sahabat, Taman Sentosa, Taman Gemas Setia, Taman Desa Bakti, Rumah Murah Gemas dan Taman Damai Gemas.

"Selain itu, Kampung Sri Gemas, Taman Armani, Jalan Tok Sulong, Kampung MelayuBukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Taman Gemas Indah, KTM Gemas danTaman Sungai Gemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kawasan lain termasuk Kampung Ladang Gemas, Kampung Bangkahulu, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah, Taman Halacara Baru, Taman Pasir Besar dan Kampung Pasir Besar.

"Turut mengalami gangguan termasuk juga Kilang Getah Pasir Besar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Dua, Kampung Paya Lebar, Kampung Tiong, Taman Perwira, Taman Sri Mutiara, Pusat Perdagangan Mewah, Klinik Kesihatan Gemas, Taman Pahlawan, Taman Satria dan Kilang Ayam Huat Lai Air Kuning," katanya,

Norzita berkata, bagi kawasan Jempol pula, ia membabitkan Gugusan Felda Palong 2 hingga 16.

"Penghantaran lori tangki atau penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan di luar jangka atau melebihi 24 jam.

"Bekalan air akan disambungkan semula selepas kerja-kerja berkenaan selesai, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi kemungkinan bekalan air pulih mengambil sedikit masa.

"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982," katanya.


* kredit : 

- teks : my Metro

- gambar : inspirasialang.wordpress.com

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia


Salah seorang intelektual yang unggul di negara ini dan cendekiawan terkenal, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz telah meninggal dunia di Hospital Prince Court,  Kuala Lumpur pada pukul 4 petang pada hari Selasa (15 Disember 2020). Arwah berusia 98 tahun.

Dilahirkan di Hampstead, London, England pada 28 Januari 1962, Ungku Aziz merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang akademik,  ahli ekonomi, pentadbir, ahli sukan dan penulis terkenal yang telah banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Beliau adalah naib canselor Universiti Malaya yang pertama dan paling lama berkhidmat, ahli ekonomi Melayu pertama serta satu-satunya orang yang diberi status profesor kerajaan di negara ini. 

Dia juga berperanan dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Lembaga Tabung Haji dan Pertubuhan Koperasi Nasional Malaysia (Angkasa). Ungku Aziz lulus dari English College di Johor Baru dan Malay School di Batu Pahat, dan mendapat pendidikan tinggi di Raffles College di Singapura. 

Dia juga telah menulis lebih dari 50 buku dan monograf mengenai masalah sosial dan ekonomi Malaysia, adalah seorang perunding kepada pelbagai agensi PBB.

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah anak perempuan beliau.

Melalui maklumat dari Astro Awani, isterinya iaitu Rohayah Ahmad Bahiran, telah mengatakan bahawa jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail dan akan dikebumikan malam ini (15 Disember 2020.


Kredit :

- The Star online

- Wikipedia

- Astro Awani


Pelbagai tarikan terbaharu sektor pelancongan di Melaka

 

Kerajaan negeri Melaka memperkenalkan perkhidmatan teksi air yang bakal menjadi tarikan terbaharu Sungai Melaka yang dijangka beroperasi menjelang Mac tahun depan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, kewujudan produk baharu itu antara pembaharuan bakal dilaksanakan selepas pembangunan Sungai Melaka bagi fasa kedua berjaya direalisasikan.

Beliau berkata, perkhidmatan teksi air itu satu lagi alternatif dibangunkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sebagai pengangkutan awam.

"Perkhidmatan itu dijangka akan merangkumi perjalanan sejauh 4.5 kilometer dari Melaka Sentral hingga Bandar Melaka yang membabitkan lapan pusat hentian.

"Sebagai permulaan, kita akan menyediakan dua teksi air dan akan ditambah lagi jika mendapat sambutan baik daripada orang ramai kelak," katanya pada sidang media sempena Kejohanan Golf 2020 di Hotel Ames, di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhamad Jailani berkata, Melaka bakal memiliki pelbagai tarikan pelancongan baharu bermula tahun depan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor berkenaan pasca Covid-19.

Beliau berkata, antara yang sedang dalam proses pembinaan ialah sebuah rumah hantu dua tingkat yang akan dibina berhampiran Menara Taming Sari.

Katanya, pembinaan itu dijangka siap selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

"Sebuah resort dilengkapi prasarana golf, 'club house', rawatan spa dan taman tema air juga sudah dibina di Ayer Keroh yang dijangka mampu merancakkan kembali pertumbuhan sektor pelancongan negeri ini.

"Kita juga sedang dalam proses akhir untuk menghidupkan semula Planetarium di kawasan Ayer Keroh yang mana kita percaya dengan adanya resort dan Planetarium yang kembali beroperasi itu, mampu membuka kira-kira 2,500 peluang pekerjaan di Melaka," katanya.

Kredit : mymetro

Kejujuran orang Melayu Malaysia di Singapura - menghubungi pemilik iPad dan memulangkannya

 

Muhammad Khidir Samsudin, 25, yang berasal dari Batu Pahat adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM dan bekerja di pusat pelupusan sampah di Singapura sejak 3 bulan lalu. 

Khidir telah terjumpa sebuah iPad di kalangan sampah yang dilupuskan sementara bekerja. Selepas diperiksa, iPad itu didapati masih berfungsi dan Khidir berjaya menghubungi pemiliknya. 

Michelle Lim, pemilik iPad berkenaan adalah seorang warganegara Singapura yang kehilangan iPad itu sejak setahun yang lalu. Michelle tak dapat percaya tuahnya yang Khidir menjumpai iPad dan jujur ingin memulangkannya. 

“Hilang iPad setahun lalu. Hari ni pukul 7.00 malam, terima emel yang bertajuk “TERJUMPA IPAD AWAK”, kata Michelle di media sosial. 

“Tak disangka benda macam ni boleh terjadi. Terkejut dan teruja, saya hampir nak menangis. 

“Berbanyak terima kasih kepada Eday dan Yuamirul. Mereka warga Malaysia yang sedang bekerja di Singapura.” kata Michelle lagi. 

Menurut Khidir, iPad itu dalam keadaan baik dan masih berfungsi, dan emel Michelle juga diperolehi daripada iPad tu. 

"Selepas saya mendapat mesej balas daripada Michelle, saya terus membuat panggilan dan suaranya sangat seronok untuk mendapatkan iPadnya kembali.

"Selepas itu, Michelle belanja saya makan atas tanda terima kasih," katanya. 

Dalam pada itu, Muhammad Khidir berkata, dia bekerja di Singapura untuk mencari pengalaman sebelum kembali ke Malaysia.

Dia juga menambah yang dia sedang berusaha mengumpul duit untuk masa depannya dan tidak boleh memilih pekerjaan ketika dunia sedang dilanda pandemik.

Menurutnya, dia bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura selama tiga bulan dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM.

"Sekiranya ternampak pekerja pengutip sampah di Malaysia, berikan mereka senyum dan kalau boleh bagi juga air dan makanan.

"Ketika bekerja, saya rasa sangat gembira dan dihargai bila ada orang berbuat demikian. Siapa tahu sekecil-kecil kebaikan boleh buat seseorang gembira," katanya lagi. 

Ketika ditanya mengenai didikan keluarganya, anak keempat daripada enam adik-beradik itu berkata, ibu bapanya tegas dalam mendidik anak-anak.

Katanya, dia banyak belajar daripada ibu bapanya serta ibunya pernah beritahu keikhlasan sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara.


#RakyatJagaRakyat #AhmadZakiVision #urutankakitanjungrimaudalam


Kredit : 

- Metro 

- Facebook Michelle Lim 

- Twitter Muhammad Khidir

- OK media


Penipuan pelaburan sentiasa berubah imej untuk menipu rakyat


Rujuklah agensi berkaitan kerajaan untuk mengesahkan sesuatu program pelaburan atau atas nama menjana duit dari segi undang-undang negara dan JAKIM dari segi hukum hakam agama pada konsep pendapatan dalam sesuatu program itu. 

Program begini sering kali berjaya menipu orang ramai. Mula-mula mereka akan beri duit bagi mewujudkan imej positif. Mereka juga akan cuba mewujudkan sifat tamak yang bersembunyi dalam peserta untuk menambah pelaburan dengan lebih banyak lagi. Namun lama kelamaan, sampai satu tahap tepu,  mereka akan cabut lari bersama duit pelaburan peserta.

Kemudian mereka akan pindah ke tempat baharu dan mencipta program atas nama yang lain dan sedikit ubahsuai. Jangan jatuh berulangkali pada lubang yang sama ! Jangan jadi bodoh terlalu mudah !

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan