Pelbagai tarikan terbaharu sektor pelancongan di Melaka
Kejujuran orang Melayu Malaysia di Singapura - menghubungi pemilik iPad dan memulangkannya
Muhammad Khidir Samsudin, 25, yang berasal dari Batu Pahat adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM dan bekerja di pusat pelupusan sampah di Singapura sejak 3 bulan lalu.
Khidir telah terjumpa sebuah iPad di kalangan sampah yang dilupuskan sementara bekerja. Selepas diperiksa, iPad itu didapati masih berfungsi dan Khidir berjaya menghubungi pemiliknya.
Michelle Lim, pemilik iPad berkenaan adalah seorang warganegara Singapura yang kehilangan iPad itu sejak setahun yang lalu. Michelle tak dapat percaya tuahnya yang Khidir menjumpai iPad dan jujur ingin memulangkannya.
“Hilang iPad setahun lalu. Hari ni pukul 7.00 malam, terima emel yang bertajuk “TERJUMPA IPAD AWAK”, kata Michelle di media sosial.
“Tak disangka benda macam ni boleh terjadi. Terkejut dan teruja, saya hampir nak menangis.
“Berbanyak terima kasih kepada Eday dan Yuamirul. Mereka warga Malaysia yang sedang bekerja di Singapura.” kata Michelle lagi.
Menurut Khidir, iPad itu dalam keadaan baik dan masih berfungsi, dan emel Michelle juga diperolehi daripada iPad tu.
"Selepas saya mendapat mesej balas daripada Michelle, saya terus membuat panggilan dan suaranya sangat seronok untuk mendapatkan iPadnya kembali.
"Selepas itu, Michelle belanja saya makan atas tanda terima kasih," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Khidir berkata, dia bekerja di Singapura untuk mencari pengalaman sebelum kembali ke Malaysia.
Dia juga menambah yang dia sedang berusaha mengumpul duit untuk masa depannya dan tidak boleh memilih pekerjaan ketika dunia sedang dilanda pandemik.
Menurutnya, dia bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura selama tiga bulan dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM.
"Sekiranya ternampak pekerja pengutip sampah di Malaysia, berikan mereka senyum dan kalau boleh bagi juga air dan makanan.
"Ketika bekerja, saya rasa sangat gembira dan dihargai bila ada orang berbuat demikian. Siapa tahu sekecil-kecil kebaikan boleh buat seseorang gembira," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai didikan keluarganya, anak keempat daripada enam adik-beradik itu berkata, ibu bapanya tegas dalam mendidik anak-anak.
Katanya, dia banyak belajar daripada ibu bapanya serta ibunya pernah beritahu keikhlasan sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara.
#RakyatJagaRakyat #AhmadZakiVision #urutankakitanjungrimaudalam
Kredit :
- Metro
- Facebook Michelle Lim
- Twitter Muhammad Khidir
- OK media
Penipuan pelaburan sentiasa berubah imej untuk menipu rakyat
Lima puluh lima jenis sarapan dijual RM1
Perniagaan yang diusahakan Nurul Hidayu Zulkifli, 34, dan suaminya, Ahmad Zughairi Mohd Zuki, 34, di tepi rumah mereka di Kampung Tasek, Padang Kebar dekat Bukit Payong, Marang, Terengganu itu mula dijalankan sejak 14 Oktober yang lalu.
Antara jenis sarapan yang dijual adalah Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Goreng dan pelbagai jenis kuih muih.
“Saya buat sendiri kebanyakan nasi dan kuih yang dijual, tapi ada juga yang ditempah dari adik beradik dan sanak saudara terdekat.” kata Nurul Hidayu.
Menurutnya lagi, setakat ini sebanyak 55 jenis menu termasuk aneka kuih-muih tradisional dan moden serta pelbagai nasi termasuk menu sarapan ala barat seperti sandwic dan chicken chop dijual digerainya.
Katanya, awal pagi gerainya sudah dikunjungi pelanggan termasuk yang datang dari jauh seperti dari Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dungun.
"Biasanya waktu kemuncak pelanggan datang dari jam 7 hingga 8 pagi manakala sekitar jam 9 pagi semua pek makanan sudah habis dijual.
"Antara 800 dan 1,200 pek makanan disediakan setiap hari dan boleh habis dalam masa dua jam," katanya yang berhasrat membuka sebuah cawangan di Kuala Terengganu pada awal tahun depan.
Apabila ditanya tentang harga jualan yang begitu murah, Nurul berkata yang niatnya adalah untuk membantu orang susah.
"Untung tipis tak mengapa, janji puas hati dapat kongsi rezeki bersama insan lain.
“Lebih-lebih lagi yang ada anak ramai. Minggu pertama mula berniaga saya hanya menjual tiga bakul kuih muih. Selepas dua minggu, menu semakin bertambah.”
Tambah Nurul, dua hari selepas memulakan perniagaan, dia menerima sumbangan sebanyak RM20 selama dua minggu berturut-turut daripada seseorang yang memintanya untuk memberi makanan percuma kepada pelanggan.
"Hasil sumbangan individu tersebut, setiap yang datang membeli di sini (gerai) mendapat percuma makanan tidak kira dia beli berapa bungkus. Saya anggap ini adalah permulaan berkat di atas perniagaan yang saya usahakan di samping niat asal untuk membantu mereka yang terkesan atau kehilangan pekerjaan disebabkan Covid-19," katanya.
Terdapat juga individu yang bermurah hati memberikan sumbangan kepadanya supaya turut mengagihkan makanan ke pusat tahfiz serta rumah anak yatim dan Nurul percaya semua itu adalah keberkatan terhadap usahanya itu.
#RakyatJagaRakyat
Kredit
Teks : OK Media
Foto : Harian Metro, Sinar Harian.
Spesifikasi komputer untuk permainan PUBG dan penggunaan emulator sebagai pilihan
Players Unknown Battlegrounds juga dikenali sebagai PUBG adalah salah satu permainan paling popular di seluruh dunia. Di semua demografi dan tempat-tempat yang anda temui orang bermain PUBG, di kafe, di sekolah, di rumah malah di pejabat pun turut ada yang memainkannya.
Sudah tentu, bermain permainan di telefon bimbit pasti menyeronokkan, tetapi kerana kita menggunakan ibu jari kita untuk memainkannya, jadi kita mempunyai ruang lingkup permainan yang sangat terhad. Ya, ada beberapa gamepad generik yang boleh anda gunakan dengan telefon, tetapi juga tidak banyak membantu. Dalam permainan, tidak ada yang dapat mengalahkan kelenturan papan kekunci dan tetikus, bukan? Tetapi bolehkah kita memainkan PUBG Mobile ( PUBG Lite ) di PC dan komputer riba kita?
Sudah tentu boleh namun memerlukan spefikasi komputer seperti di bawah :
Keperluan minimum sistem
OS Windows 7,8,10, 64bit
CPU Core i3 2.4GHz
RAM 4GB
GPU DirectX11 Intel HD Graphics 4000
HDD 4GB
Keperluan sistem yang digalakkan
OS Windows 7,8,10, 64bit
CPU Core i5 2.8GHz
RAM8GB
GPU DirectX11 NVIDIA Geforce GTX 660 or
AMD Radeon HD 7870
HDD 4GB
Untuk memuat turun permainan PUBG Lite, klik di sini
Tencent telah melancarkan emulator PUBG Mobile rasmi yang membolehkan anda memainkannya walaupun pada PC atau komputer riba. Yang lebih menggembirakan ialah anda tidak memerlukan perkakasan mewah untuk menjalankan permainan.
Untuk memainkan telefon bimbit PUBG di PC atau komputer riba, anda perlu memuat turun emulator Tencent Gaming Buddy. Terdapat banyak palsu di internet, jadi pastikan anda memuat turun versi rasmi dengan mengklik di sini.
Ukuran muat turun fail adalah sekitar 8.7 MB sehingga tidak akan memakan masa terlalu lama. Setelah muat turun selesai, jalankan perisian dan secara automatik akan memuat turun fail yang diperlukan. Proses pemasangan mungkin mengambil masa 10-15 minit bergantung pada prestasi mesin anda dan sambungan internet anda.
Apabila emulator dipasang, lancarkan permainan. Ini sekali lagi akan memuat turun beberapa fail penting yang diperlukan untuk melancarkan permainan. Fail ini besar, jadi pastikan anda mempunyai sambungan internet yang baik. Sekiranya permainan mempunyai beberapa kemas kini utama, ia mungkin meminta anda untuk melancarkan semula permainan juga.
Apabila semua fail tambahan dimuat turun, log masuk dengan bukti kelayakan anda untuk mengimport semua statistik PUBG mudah alih anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, buatlah. Secara lalai, semua kawalan disenaraikan dalam tab di sebelah kanan skrin. Anda boleh menutup tab dan bahkan memasuki mod skrin penuh dengan menekan f11. Ingat, pelayan PUBG mengesan emulator, jadi anda dan rakan sepasukan anda hanya akan dipasangkan dengan pemain lain yang menjalankan emulator ini.
Sekiranya anda gemar bermain PUBG Mobile, anda juga harus mempertimbangkan untuk memeriksa versi PC yang lengkap. Ia mempunyai sekumpulan ciri eksklusif dan perincian grafik mendalam yang anda tidak boleh ketinggalan. Anda memerlukan komputer riba atau PC dengan kad grafik untuk menjalankannya.