Jadual Liga Super Malaysia Januari 2014

Liga Malaysia telah dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 17 Januari 2014 yang menemukan pasukan Pahang dan  Lions XII. Pada perlawanan berkenaan Pahang mengatasi pasukan dari Singapura itu dengan jumlah gol 1 berbalas 0.
Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super untuk bulan Januari 2014. Ada beberapa perlawanan dilangsungkan lebih awal iaitu pada pukul 4.45 petang dan 7.45 malam (kebiasaan waktu perlawanan Liga Malaysia 8.45 malam).


Tarikh
Tuan Rumah
Pelawat
Masa
18 Januari 2014
Selangor
T-Team
4:45 ptg
18 Januari 2014
Terengganu
PKNS FC
8:45 mlm
18 Januari 2014
Johor JDT
Perak
8:45 mlm
18 Januari 2014
Kelantan
Sime Darby FC
8:45 mlm
18 Januari 2014
ATM
Sarawak
8:45 mlm
24 Januari 2014
PKNS FC
ATM
8:45 mlm
25 Januari 2014
Lions XII
Selangor
7:45 mlm
25 Januari 2014
Sarawak
Kelantan
8:15 mlm
25 Januari 2014
T-Team
Johor JDT
8:45 mlm
25 Januari 2014
Sime Darby FC
Pahang
8:45 mlm
25 Januari 2014
Perak
Terengganu
8:45 mlm
28 Januari 2014
Selangor
Pahang
4:45 ptg
28 Januari 2014
Sarawak
Sime Darby FC
8:45 mlm
28 Januari 2014
ATM
Perak
8:45 mlm
28 Januari 2014
Terengganu
T-Team
8:45 mlm
28 Januari 2014
Kelantan
PKNS FC
8:45 mlm
28 Januari 2014
Johor JDT
Lions XII
8:45 mlm

Kangkung Remix - lagu single baru hits Januari 2014


Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.

Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.

Namun sejak kita memasuki tahun baru 2014, di bulan Januari, populariti "kangkung" tiba-tiba meningkat dengan mendadak di kalangan rakyat lantaran sayur berkenaan dijadikan contoh oleh perdana menteri yang sangat-sangat kita hormati.  Sehinggakan ia dijadikan "subjek" oleh mereka yang kreatif seperti gambar di bawah :

Kangkung Meat Ball
Mc Kangkung

Ditambah lagi dengan pengeditan yang kreatif dan menarik sehingga ucapan biasa mampu dijadikan lagu remix :


Bekas Mubaligh Kristian komen tentang isu kalimah Allah


Isu kalimah Allah telah menjadi suatu isu terbesar dan modal politik sesetengah pihak dalam menonjolkan imej sebagai "pembela Islam" serta menjadi bahan untuk menakut-nakutkan rakyat agar menjadi cenderung menyokong mereka.

Ia juga dilihat menjadi "bahan terbaik" untuk menutup isu kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dengan kerap dan mendadak serta isu kelemahan dan ketirisan dalam urus tadbir ekonomi negara.

Di dalam artikel kali ini, saya kongsikan video berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan kalimah "Allah", yang diulas oleh seorang bekas mubaligh kristian dari Sarawak. Maksud mubaligh ini boleh difahamkan sebagai pendakwah atau jurucakap bagi sesuatu pihak.




Komen :

-Kalimah atau perkataan "Allah" adalah ekslusif (khas) untuk agama Islam sahaja kerana pemahaman istilah "God" (Tuhan) di dalam agama kristian dan di dalam agama Islam adalah berbeza.

-Bagi ajaran Islam, Allah adalah satu sifat yang esa atau tunggal (satu). Tidak beranak dan tidak diperanakkan, manakala bagi ajaran kristian, God atau Tuhan berkonsepkan "trinity" iaitu 3 dalam 1.

FRENZ UNITED FC (MAS) vs INTERNACIONAL (BRA) - 13/01/2014


Saksikan siaran langsung FRENZ U-16 INTERNATIONAL CUP 2014 antara FRENZ UNITED FC (Malaysia) menentang INTERNACIONAL (Brazil), pukul 8.40 malam ini di Tv1 | tv1.rtm.gov.my

Keputusan Perlawanan

Frenz United (MAS)   0  -  0   Internacional FC (BRA)

Perbezaan hadiah pemenang rancangan hiburan dengan berteraskan keIslaman

 

Jika diikutkan konsep yang sepatutnya apabila perkara-perkara yang melibatkan keagamaan dijadikan bahan untuk rancangan realiti tv seperti "Imam Muda" dan yang terkini iaitu "Pencetus Ummah", nilai kewangan atau hadiah yang diperolehi bukanlah ukuran utama.

Namun disebalik itu, bandingkanlah juga dengan nilai hadiah yang dimenangi oleh juara rancangan realiti tv yang berbentuk hiburan seperti dalam gambar di atas (sekadar beberapa contoh sahaja). Dilihat seolah-olah sesuatu yang berteraskan hiburan lebih diberi nilai serta pengiktirafan tinggi berbanding dengan rancangan berbentuk penggalakkan keIslaman.

Perkara ini pastinya ada "pro" dan "kontra".  Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza.  Kesimpulannya, kita semua yang beragama Islam telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di bumi Allah SWT.

Maka wajiblah kita terus berjuang menyebarkan kalimah dan ayat-ayat Allah SWT ke pelusuk bumi secara berterusan dalam apa sahaja landasan yang dibenarkan oleh syariat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan