Resepi Pasta Bakar


Bahan-bahan 
(hidangan untuk 5 atau 6 orang)  :

250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)

300 g daging cincang

2 ulas bawang putih – dicincang halus

1 ulas bawang merah – dicincang halus

1 biji lobak merah – dipotong dadu

1 batang seleri – dipotong dadu

250 g tomato puri

250 g sos tomato

Garam dan lada hitam

Minyak untuk menumis

Mozzarella cheese

1 biji telur

 
Cara-cara
  • Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
  • Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
  • Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
  • Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
  • Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.
 Hidangkan mengikut cara yang anda inginkan.

Dua belas kebaikkan cium mulut



Khasiat bercium dalam dunia kesihatan manusia. . .
Ahli perubatan yang telah melakukan kajian yang berkaitan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Antara kesan positif ciuman mulut ialah :

1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. 
3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.
4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. 
5. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman mengghairahkan tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan. 
6. Berciuman dikenali sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.
7. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
8. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
9. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut. 
10. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.
11. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.
12. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

AMARAN
Info ini adalah tertakluk kepada pasangan yang telah bernikah secara sah.

Cari Rezeki online dengan 8Share

http://bit.ly/1cPfakI
Pelbagai kaedah dan landasan yang tersedia untuk para pengguna internet terutamanya para "blogger" dan facebooker" untuk menjana pendapatan sampingan yang jika dijalankan dengan kaedah yang betul, insya Allah ia mampu memberi hasil yang memuaskan.

Bagi pengguna internet yang baru mengenali dunia media sosial, kini "8 Share" muncul sebagai jalan terkini untuk anda mula belajar menjana rezeki melalui penggunaan internet dan aplikasinya seperti blog, facebook, twitter dan carimember.com. Anda akan mendapat serta merta RM1.00 setelah mengaktifkan akaun melalui pautan yang dihantar ke emel anda.

Nasihat saya, program ini adalah program yang baik dan sah serta halal asalkan anda berkongsi perkara yang juga baik, sah dan halal. Maka anda harus mempergunakan masa lapang anda dari melepak di laman web media sosial dan tidak memberi faedah yang baik kepada menyertai program pengiklanan seperti ini. Anda perlu memaksimumkan penggunaan komputer dan internet bagi memastikan masa anda lebih bernilai tinggi.

Berikut adalah soal dan jawab mengenai program ini :
Apa itu 8Share?
8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
Siapa boleh menyertai 8Share?
Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura. Daftar sekarang.
Bagaimana saya mendapat ganjaran dengan 8Share?
And akan dibayar tunai dengan menyiarkan Special kami. Anda juga akan dibayar apabila anda mengajak kawan-kawan anda menyertai 8Share. Dapatkan Mata Sumbangan (BPs) dengan menjadi ahli 8Share yang aktif. Kami juga akan mengadakan peraduan untuk anda memenangi pelbagai gajet dan hadiah. Ketahui lebih lanjut tentang ganjaran.
Apakah Lawatan Unik (U.V.)?
Lawatan Unik (U.V) untuk ahli 8Share di Malaysia, ialah klik pada pautan Special dari pelawat unik yang datang dari dalam Malaysia.
Bagaimana saya boleh terima wang yang saya perolehi dari 8Share?
Semua transaksi wang akan dibuat melalui pemindahan wang dalam talian, selepas permintaan transaksi cash out dibuat.
Adakah saya perlu membayar apa-apa untuk membuat akaun di 8Share?
Tidak, semuanya percuma.
Adakah saya perlukan apa-apa yang istimewa untuk menggunakan 8Share?
Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai kami. Sertai kami sekarang!
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada 8Share?
Pergi ke 8share.com/my dan klik butang "Sign up" untuk membuka akaun 8Share anda. Anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun anda dimana, satu link pengaktifan akan dihantar melalui emel. Semak emel anda, klik pada link pengaktifan yang diterima dan anda akan dihantar ke halaman utama dan anda boleh terus menggunakan akaun 8Share!

Kalender bola sepak Liga Malaysia 2014

 
Tarikh penting dalam bola sepak Liga Malaysia musim 2014.  Pastinya tahun hadapan menjanjikan pelbagai drama dan kemeriahan warna warni yang akan menyelaputi kancah bola sepak negara.  Paling hangat ialah kemasukan Pablo Aimar ke Johor DT dan perpindahan beberapa pemain yang menjadi isu kepada peminat setia pasukan.  
Tidak lupa juga kepada pasukan negeri yang sekian lama menyepi di liga divisyen 3 Malaysia iaitu Melaka.  Dengan kepimpinan baru yang diterajui oleh Ketua Menteri Melaka yang baru iaitu Datuk Wira Ir. Idris Haron, para peminat bola sepak Melaka yang masih ada, mengharapkan tahun 2014 merupakan tahun kebangkitan skuad bola sepak Melaka yang membawa semangat baru..., semangat Hang Jebat bagi memertabatkan kembali negeri ini dalam sukan bola sepak.
Berikut adalah peristiwa dan tarikh awal dalam kalender bola sepak Malaysia :
  • Undian Pertandingan Piala FA dan Jadual Liga Super dan Premier, Liga Malaysia - 23.11.2013
  • Tarikh akhir pendaftaran pemain:
Pemain tempatan - 17.12.2013
Pemain import - 4.12.2013
  • Pertukaran pemain kedua (pertengahan musim) pemain tempatan dan import - 23.3-22.4.2014
  • Piala Sumbangsih - LionsXII vs Pahang - 17.1.2014
  • Liga Super - 17.1.2014
  • Liga Premier - 24.1.2014
  • Piala Presiden (pasukan simpanan kelab yang bertanding) - 27.1.2014
  • Piala FAM - Mac 2014

Madinah sebelum peristiwa hijrah


Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. 

Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil

Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadis, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Bani Qainuka'a, Bani Nadhir dan Bani Quraizah). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. 

Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah dan pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraisy Makkah. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan