Gambar anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu


Seperti yang sedia maklum, perang antara pihak yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dengan pihak keselamatan Malaysia di Lahad Datu, Sabah semakin berlarutan sehingga mengorbankan nyawa.

Namun yang musykilnya kenapa isu besar seperti ini timbul dikala Malaysia akan menghadapi peristiwa penting iaitu pilihanraya umum.  Nampaknya "trend" isu kedaulatan negara sering sampai kemuncak tiap kali nak berlangsungnya pilihanraya. 

Apakah pihak yang menceroboh sempadan negara kita itu mempunyai peralatan yang cukup banyak serta canggih untuk menghadapi pihak keselamatan negara Malaysia yang dikatakan mempunyai peralatan ketenteraan dan pertahanan yang moden serta canggih?

Walauapapun, diharap semuanya akan kembali normal dan tiada lagi yang akan terkorban. Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban...(yang beragama Islam).

"Orang Putih" yang pertama kali makan durian

 
"On a recent trip to Malaysia I was told about the infamous durian fruit. 
On my last night there I was taken to a durian stand to taste it for the first time..." -Adam Helweh

Durian adalah dianggap oleh masyarakat Asia Tenggara sebagai "Raja Buah" kerana ciri-cirinya yang berkulit keras, berduri, bau yang kuat serta rasa isinya yang mengasyikan.  Populasi durian berada di sekitar negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan sesetengah bahagian di Philipina.  Isi buah durian amat sinonim dengan makanan di dalam budaya Melayu seperti sambal tempoyak dan pengat.  Dengan pelbagai kajian dan inovasi, durian juga boleh dibuat ais krim, jem dan sebagai bahan tambahan dalam penyediaan jenis makan yang pelbagai.

Dalam video yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan pelancong yang pertama kali melihat dan merasai buah durian.  Riaksinya agak melucukan dan terlihat wajah "confius" bila merasainya pada gigitan pertama.  Tetapi ada juga orang Melayu yang tak suka durian... ermm... pelik tu... serupa juga macam orang Melayu yang tak makan nasi...

 

Kecenderungan otak kiri dan kanan : pengaruhi kecemerlangan diri


Kebanyakkan dari masyarakat kita pasti akan melihat dan membandingkan tahap pencapaian anak-anak mahupun pencapaian diri sendiri berbanding orang lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan pekerjaan. Contohnya jika anak-anak tidak mencapai tahap "cemerlang" seperti yang dikehendaki ibu bapa, maka anak itu selalunya akan lebih disalahkan. Banyak faktor yang boleh diteliti bagi menilai tahap perbezaan pencapaian itu dan salah satunya ialah perbezaan atau kecenderungan individu pada otak sebelah kiri dan kanan.

Penyelidik-penyelidik otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan) berbeza dalam memproses sesuatu. Perbezaan utama antara otak kiri dan kanan dalam pembentukan aktiviti adalah seperti rajah di bawah :


Otak kiri

Otak kanan
Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa
Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik

 Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut : 

Otak kiri

¨       Mengira
¨       Memberi bukti
¨       Mengingat semula fakta atau konsep
¨       Membaca serta membuat analisis
¨       Melapor
¨       Segala bentuk analisis
¨       Menyurih
¨       Melukis carta
¨       Melukis graf
¨       Memberi contoh
¨       Menyalin nota
¨       Menilai secara objektif
 ¨       Melihat bahagian-bahagian 
¨       Memberi sifat-sifat perbezaan 
¨       Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik 
¨       Mendengar bunyi bahasa
¨       Menyenarai dan menkategorikan
¨       Rasional


Otak kanan
¨       Mencipta, mereka bentuk, main peranan, simulasi
¨       Drama kreatif, lakonan
¨       Penulisan kreatif
¨       Gerakan, tarian
¨       Membaca serta membuat sintesis
¨       Segala bentuk sintesis
¨       Geometri
¨       Demonstrasi
¨       Membuat ujikaji
¨       Bentuk (shapes)
¨       Membuat pola atau corak
¨       Memeta fikiran (mind mapping)
¨       Sumbangsaran atau percambahan fikiran
¨       Menggambarkan
¨       Semua bentuk sajak
¨       Semua bentuk seni
¨       Mendengar, melihat, menggerak
¨       Analogi
¨       Semua aktiviti intuitif
¨       Ukiran
¨       Lakaran
¨       Memberi sifat-sifat persamaan
¨       Melihat perhubungan dan keseluruhan
¨       Menilai secara subjektif
¨       Melukis
¨       Fotografi
¨       Mendengar bunyi semulajadi
¨       Main muzik, mencipta lagu

Oleh yang demikian, ibu bapa dan keluarga harus melihat kecemerlangan anak-anak atau ahli keluarga dari sudut perspektif yang lebih terbuka sebelum "menjatuhkan hukum" pada individu yang dimaksudkan.  Ibu bapa harus bijak dan segera menilai kecenderungan anak-anak mereka sama ada anak itu lebih kepada penggunaan otak kiri, otak kanan ataupun seimbang kedua-dua bahagian otak.  Dengan itu ibu bapa dapat merancangan "perjalanan" pembelajaran dan kerjaya anak mengikut keserasian diri anak masing-masing.

Begitu juga dengan individu yang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup.  Mereka perlu melakukan kerja atau aktiviti yang bersesuaian dengan keserasian diri serta kecenderungan otak mereka.  Jika ini dapat dilakukan, maka tiada insan yang akan tercicir dalam pembelajaran, kerjaya dan arus kemodenan.

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 1 Mac 2013

 

Sebanyak dua perlawanan bola sepak telah berlangsung pada 1 Mac 2013 dalam Liga Super Malaysia yang berlangsung pada pukul 8.45 malam iaitu melibatkan perlawanan antara pasukan ATM bertemu Pahang serta pasukan Kelantan bertemu Perak.

Berikut adalah keputusannya :

ATM - Pahang  0 - 0

Kelantan - Perak  1 - 1

Bergambar bersama Dr.Azimuth (Dr Abdul Aziz Azimullah)

 

Tak sangka pula secara berturut-turut saya dapat berjumpa dan bergambar dengan "orang-orang terkenal".  Jika sebelum ini saya dapat beramah mesra dengan "Helmi Gimmick" di Pasar Tani UTC Melaka, kali ini saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan  Dr Abdul Aziz Azimullah atau lebih dikenali dengan panggilan Dr.Azimuth.

Beliau merupakan pakar terulung nutrisi, pakar terapi naturopati, naturopathic demotology, pakar terapi komplementari serta Islam.  Selain itu Dr Azimuth pernah menulis artikel-artikel motivasi berkaitan perniagaan di beberapa media cetak antaranya ialah Majalah Wanita.

Peluang berjumpa dengan Dr.Azimuth saya perolehi semasa saya menyertai "Lab Pra Seminar Koperasi Kebangsaan IPMa ke 3, pada tarikh 20 hingga 22 Februari 2013 di Puteri Resort Melaka.  Saya merupakan wakil merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad.


 
 Bergambar ketika mencuba salah satu rawatan dari kaedah Dr. Azimuth

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan