Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik

 

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan di dalam perkahwinan mereka. Namun ia tidak semudah yang diucapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang dengan mudah. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh serta memberikan kerjasama yang berterusan.

Pada artikel kali ini saya  ingin kongsikan petua yang digalakkan untuk dicuba oleh seorang isteri bagi "menambat" dan mengukuhkan kerukunan rumah tangga agar ia sentiasa membahagiakan dan menceriakan hidup.  Insya Allah perbuatan yang baik akan beroleh kebaikkan yang diharapkan.  Apabila isteri sudah secantiknya pada zahir dan batinnya, maka pada suami yang ikhlas menikahi isteri itu akan menyayangi isteri dengan sepatutnya...

Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik :

1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca surah Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan  Al-Waqiah ayat 35-37 sebanyak 7 kali.

Terjemahan Al-Waqiah :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (Al-Waaqi'ah -56:35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah-56:36)


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (Al-Waaqi'ah 56:38)


2. Tiup dalam air dan minum.

 
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Perlawanan Akhir Piala FA | Kelantan - Sime Darby 19 Mei 2012

 
Stadium Nasional Bukit Jalil
19 MEI 2012
8.45 mlm

Hasil tinjauan pendapat telah dijalankan di blog ini beberapa hari sebelum dan semasa perlawanan.  Tinjauan pendapat / undian ini ditutup selepas tamat separuh masa pertama. 

Terdapat lima orang pelawat blog mengambil bahagian dalam tinjauan / undian ini.  Dari lima undian, empat daripadanya memihak kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan dan hanya satu yang memilih Sime Darby.


KELANTAN  1 (penalti)  -  0  SIME DARBY

Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58.  Penalti diberikan kepada pasukan bola sepak Kelantan apabila salah seorang pemain import Kelantan ditolak oleh pemain Sime Darby dalam kawasan penalti ketika Kelantan menyempurnakan sepakan percuma dari tengah padang.

Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir.

Trofi tersebut melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim lalu. Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA yang diperkenalkan tahun ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini.

AWAS : Mazhab Kristian yang hampir menyerupai Islam



Gambar di atas menunjukkan pengikut mazhab dalam agama Kristian, cara amal ibadahnya yang hampir sama dengan Islam. Hal ini diketahui berlaku di negara Indonesia. Ketika Maghrib telah tiba.., belasan orang di Hotel Sahid Surabaya bergegas menunaikan ibadah yang menyerupai solat/sembahyang dalam Islam. Semuanya berkopiah atau bersongkok dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. 

Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok. Orang awam mungkin akan terkeliru seketika kerana sembahyang dalam mazhab ini memang sangat mirip solat dalam Islam.  Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, mereka juga menggunakan bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan sujud.

Bezanya, apabila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian Ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian Ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. 

Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin dan Kamis, pada Kristian Ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, dalam mengenangkan kesengsaraan Kristus / Jesus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian Ortodok juga mempunyai zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian Ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. 

Ada juga tulisan khat yang menyerupai tulisan khas ayat suci Al-Quran. Yang pasti ini boleh mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam. Semoga kita semua berhati-hati sebelum membeli sebarang tulisan khat atau yang seolah-olah memperlihatkan ayat-ayat suci dari kitab Al-Quran. Jangan sampai terbeli perhiasan sedemikian dan digantung di rumah kita. 

Bacalah ayat-ayat yang kononnya dari kitab Al-Quran, yang mungkin dijual oleh jurujual semasa anda melancong atau berada di jalanan. Perhatian jika ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" atau yang mengaitkan sesuatu pada ajaran Kristian, maka wajib anda meninggalkannya.


Berhati-hatilah pada agenda puak kafir yang ingin menyesatkan akidah umat Islam.  Sekiranya mereka mengganggu dan cuba mengacau keamanan agama Islam, maka wajib kita lawan.  Juga berhati-hati dengan puak yang menggunakan agama semasa kempen pilihanraya dan cuba menakut-nakutkan orang Islam semata-mata ingin meraih undi dan mengekalkan kuasa mereka.  Elakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi.

Mengapa baju doktor bedah berwarna hijau?

 

Pernahkah kita terfikir, kenapa pakaian berwarna hijau menjadi pilihan doktor dan pembantunya yang bekerja dalam bahagian pembedahan?. Warna hijau dikatakan sangat sesuai pada doktor terutyamanya doktor bedah untuk penglihatan yang lebih baik di dewan bedah, kerana hijau adalah berlawanan dari warna merah dalam susunan warna.

Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.

Dan antara alasan lain adalah, apabila dengan terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan berlakunya ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna putih atau terang. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan melancarkan proses pembedahan.

Hari Guru di Malaysia



Secara umum, Hari Guru Sedunia disambut pada 5 Oktober setiap tahun.  Sejak kepentingan guru-guru diiktiraf oleh UNESCO, ia menjadi suatu perayaan tahunan untuk menghormati guru atas sumbangan mereka yang khas dalam sesuatu bidang kepaa masyarakat umum.

Namun, bagi setiap negara, ia disambut pada tarikh yang berbeza iaitu seperti berikut (sekadar beberapa perbandingan) :

Afghanistan - 5 Oktober
Argentina - 11 September
Brunei - 23 September
Bolivia - 6 Jun
Colombia - 15 Mei
China - 10 September
Mongolia (negara kelahiran Altantuyaa) - Minggu pertama bulan Februari

Manakala, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.  Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Berikut adalah Tema Hari Guru semenjak tahun 1972 hingga 2012 :

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
  42. 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan