Gambar di atas menunjukkan pengikut mazhab dalam agama Kristian, cara amal ibadahnya yang hampir sama dengan Islam. Hal ini diketahui berlaku di negara Indonesia. Ketika Maghrib telah tiba.., belasan orang di Hotel Sahid Surabaya bergegas menunaikan ibadah yang menyerupai solat/sembahyang dalam Islam. Semuanya berkopiah atau bersongkok dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib.
Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok. Orang awam mungkin akan terkeliru seketika kerana sembahyang dalam mazhab ini memang sangat mirip solat dalam Islam. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, mereka juga menggunakan bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan sujud.
Bezanya, apabila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian Ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian Ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.
Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin dan Kamis, pada Kristian Ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, dalam mengenangkan kesengsaraan Kristus / Jesus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian Ortodok juga mempunyai zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian Ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
Ada juga tulisan khat yang menyerupai tulisan khas ayat suci Al-Quran. Yang pasti ini boleh mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam. Semoga kita semua berhati-hati sebelum membeli sebarang tulisan khat atau yang seolah-olah memperlihatkan ayat-ayat suci dari kitab Al-Quran. Jangan sampai terbeli perhiasan sedemikian dan digantung di rumah kita.
Bacalah ayat-ayat yang kononnya dari kitab Al-Quran, yang mungkin dijual oleh jurujual semasa anda melancong atau berada di jalanan. Perhatian jika ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" atau yang mengaitkan sesuatu pada ajaran Kristian, maka wajib anda meninggalkannya.
Berhati-hatilah pada agenda puak kafir yang ingin menyesatkan akidah umat Islam. Sekiranya mereka mengganggu dan cuba mengacau keamanan agama Islam, maka wajib kita lawan. Juga berhati-hati dengan puak yang menggunakan agama semasa kempen pilihanraya dan cuba menakut-nakutkan orang Islam semata-mata ingin meraih undi dan mengekalkan kuasa mereka. Elakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi.