Perlawanan Akhir Piala FA | Kelantan - Sime Darby 19 Mei 2012

 
Stadium Nasional Bukit Jalil
19 MEI 2012
8.45 mlm

Hasil tinjauan pendapat telah dijalankan di blog ini beberapa hari sebelum dan semasa perlawanan.  Tinjauan pendapat / undian ini ditutup selepas tamat separuh masa pertama. 

Terdapat lima orang pelawat blog mengambil bahagian dalam tinjauan / undian ini.  Dari lima undian, empat daripadanya memihak kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan dan hanya satu yang memilih Sime Darby.


KELANTAN  1 (penalti)  -  0  SIME DARBY

Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58.  Penalti diberikan kepada pasukan bola sepak Kelantan apabila salah seorang pemain import Kelantan ditolak oleh pemain Sime Darby dalam kawasan penalti ketika Kelantan menyempurnakan sepakan percuma dari tengah padang.

Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir.

Trofi tersebut melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim lalu. Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA yang diperkenalkan tahun ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan