Tanda-tanda orang yang akan merasai bahagia menurut Islam

 

Assalamualaikum.....

Setiap insan perlukan kebahagiaan dalam hidup mereka.  Tidaklah dikatakan bahagia seandainya hanya diukur dari sudut pemilikan harta benda, kekayaan, pangkat atau kedudukan tinggi dalam masyarakat dan seumpamanya, tetapi adanya bahagia itu adalah datangnya dari rasa "senang hati" dalam fikiran.  Qalbu manusia akan merasai nikmat kehidupan seandainya beroleh nikmat bahagia walaupun kehidupannya daif atau miskin.

Jadinya, di manakah terletaknya bahagia itu?. Apakah ianya mempunyai isyarat yang nyata untuk mengenalpasti kebahagiaan yang tersembunyi?. Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi diri dengan tanda-tanda orang yang merasai bahagia menurut pandangan Islam :

1.   Tidak rakus hal dunia
2.   Sibuk beribadah
3.   Kurang berbicara melainkan yang perlu sahaja
4.   Memelihara solat wajib
5.   Bersahabat dengan orang baik dan alim
6.   Merendah diri
7.   Menjauhkan diri dari perkara yang haram
8.   Pemurah dan baik hati
9.   Kasih sayang dan ehsan sesama makhluk
10. Membuat amal bakti kepada masyarakat
11. Mengingati kematian


** Tanda-tanda orang yang akan merasai sensara adalah sebaliknya dari perkara di atas.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* 

Keputusan perlawanan bola sepak Piala AFC : Kelantan - Navi Bank Saigon (7 Mac 2012)

 
Stadium Nasional Bukit Jalil
7 Mac 2012 / 8.45 malam
 Kumpulan H




PERHATIAN

Oleh kerana kemungkinan terdapat kekeliruan pengunjung antara keputusan perlawanan bertarikh 7 Mac 2012 dengan 24 April 2012, saya telah sediakan pautan di bawah ini :

(Navibank Sai Gon - Kelantan) : 24 April 2012


 KEPUTUSAN AKHIR

Kelantan (Malaysia) (minit ) 0 - 0 (minit ) NB Saigon (Vietnam)

Pasukan bola sepak Kelantan tidak dapat mengikuti "tuah" jirannya iaitu Terengganu apabila menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan.  Hujan yang dikatakan turun pada waktu sebelum perlawanan berlangsung sedikit sebanyak menjejaskan rentak kedua-dua pasukan dalam melancarkan serangan ke gawang gol lawan.

Perlawanan Kelantan berikutnya adalah pada tarikh 21 Mac 2012, bertemu dengan pasukan dari Myanmar iaitu Ayeyawady United di Youth Training Centre, Myanmar.

Keadaan padang semasa perlawanan antara Kelantan dan Navi Bank Saigon

** Dalam minit ke 53, pengadil perlawanan jatuh terduduk akibat padang basah dan licin... penonton bersorak...  :-)
-----------------------------------







Inginkan Motivasi Diri Untuk Berjaya? Klik Disini!

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa dan cadangan pengubahsuaian

 

Salam sejahtera...

Zaman kini sudah menjadi kebiasaan melihatkan lelaki pandai memasak.  Kebiasaannya lelaki yang sudah biasa tinggal bersendirian atau jauh dari keluarga akan lebih berdikari dan memiliki kemahiran memasak berbanding dengan lelaki yang tinggal bersama keluarga kerana pasti soal makan minum mengharapkan sepenuhnya ibu yang sediakan.

Saya sangat suka memasak lebih-lebih lagi apabila di dapur mempunyai bahan-bahan masakan yang banyak atau mencukupi untuk dibuat sesuatu.  Kali ini saya berkongsikan satu resepi yang popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu "Ikan Siakap 3 Rasa".  Resepinya seperti di bawah :


Penyediaan ikan:

  • 1 ekor Ikan Siakap 
  • Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
  • Serbuk Pasti Sedap Knoor
  • Minyak untuk menggoreng ikan
Penyediaan kuah:
  •  10 biji cili padi - potong kecik-kecik
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk sedikit
  • 1 inci halia - dihiris kecik
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • Segenggam nenas - yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara memasak :

Ikan dibersihkan dan ditoskan.

Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata.

Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.

Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi.

Goreng terendam ikan tersebut.

Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali yang lain.

Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih.

Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.

Kacau sebentar.

Masukkan bawang besar, tomato dan nenas.

Masukkan air sedikit.

Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.

Biarkan kuah mereneh seketika.

Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

Selain ikan siakap, anda boleh mencuba bahan mentah seperti pada gambar di bawah :


Silap gaya bukan buaya yang jadi bahan, anda yang jadi bahan santapan buaya... :P

**lawak je, jangan buat betul-betul pula. Buaya haram dimakan sebab ia haiwan dua alam...



 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* 


Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super : Singapore Lions XII - Felda United (6 Mac 2012)

 

 KEPUTUSAN PENUH

Singapore Lions XII  3 (minit 6, 52, 69) - 1 (minit 21)   Felda United

Keputusan perlawanan bola sepak Piala AFC : Dong Lam Nghe An - Terengganu (6 Mac 2012)

 

KEPUTUSAN AKHIR

Kumpulan F

Dong Lam Nghe An (Vietnam) 0 - 1 (minit 51) Terengganu (Malaysia)

Terengganu sebagai wakil kelab dari Malaysia bermula dengan "langkah kanan" apabila berjaya memenangi perlawanan dengan menewaskan pasukan bola sepak dari Vietnam iaitu Dong Lam Nghe An dengan jaringan tunggal dari Abdul Manaf Mamat pada minit ke 51.

Pasukan lain yang ada dalam kumpulan F adalah Tampines (Singapura) dan Kitchee (Hong Kong)

Video Gol Abdul Manaf Mamat : 

 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan