Golongan manusia yang tidak ke syurga

 

Assalamualaikum.....

Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

Neraka berdebat dengan Syurga, Neraka berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takbur (sombong). 

Syurga pula berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. 

Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: Kamu adalah seksaan-Ku. Aku akan menyeksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman lagi : Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki

Allah berfirman pula kepada Syurga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh.

Namun demikian, Allah SWT telah memberi petunjuk terhadap tanda-tanda mereka yang tidak "menemui" syurga, yakni mereka yang melakukan kesalahan dan dosa tetapi tidak bertaubat dan berterusan dengan dosa-dosa itu.  Antaranya adalah seperti berikut :

a) orang yang minum khamar (arak)

b) yang berzina

c) yang qattaat (tukang fitnah)

d) yang mengetuai peperangan

e) pengawal penguasa

f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita (dan sebaliknya)

g) orang yang berkata :"Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu".

Nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali Bin Abi Talib : Tiga tanda pada orang yang Ahli Ibadah, Taqwa, Alim dan Jujur


Assalamualaikum.....

Ada masa-masa tertentu, perasaan kita menjadi hiba dan terasa sedih di atas apa yang berlaku dalam kehidupan kita, maka ketahuilah bahawa saat itu Allah SWT telah "memberikan" keinsafan dan keampunan pada dosa-dosa kita yang lalu.

Maka ambillah kesempatan seperti itu dengan mencari seberapa banyak maklumat mengenai amal ibadah yang akan memberi manfaat kepada kita pada saat-saat memerlukan.  Kerana kita tidak tahu berapa lama rasa insaf itu akan "singgah" dalam qalbu kita ini.  Bersyukurlah seandainya ia hadir dalam diri.....

Pada kali ini saya berkongsikan nasihat Rasulullah SAW kepada  Saidina Ali R.A berkenaan dengan tanda-tanda yang dapat dilihat pada setiap manusia yang mempunyai ciri-ciri ahli ibadah, taqwa, alim dan jujur..... :

Wahai Ali, bagi "AHLI IBADAH" itu ada 3 tanda-tandanya : 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wahai Ali, bagi orang yang "TAQWA" itu ada 3 tanda-tandanya : 
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi orang "ALIM" itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yang haram. 
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang "JUJUR" itu ada 3 tanda-tandanya : 
1) Merahsiakan ibadahnya 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan : Filipina - Malaysia 29 Februari 2012

 


Assalamualaikum.....

Secara keseluruhannya mutu permainan pasukan bola sepak Malaysia merosot lantaran kemungkinan mereka kehilangan "rentak" setelah sekian lama berehat dari sebarang perlawanan antarabangsa.  Malah boleh dikatakan Malaysia kekurangan perlawanan persahabatan dan ia menjejaskan prestasi skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih, K.Rajagobal.

Dalam perlawanan ini, Filipina berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan pada minit ke 34, separuh masa pertama oleh Wolf (pemain import yang mendapat kerakyatan Filipina).  Ia berpunca dari lontaran ke dalam oleh pemain Filipina dan Wolf yang tidak dikawal dengan sempurna oleh pertahanan Malaysia, dengan mudah membuat tandukan separas pinggang lalu penjaga gol Malaysia iaitu Farizal Marlias tidak berada di posisi yang tepat untuk menangkapnya.

Filipina mendominasi perlawanan dengan gerakan yang lebih tersusun dan mantap. Namun sebaik sahaja memasuki separuh masa kedua, para pemain Malaysia dilihat telah berusaha dengan sedaya mungkin terutamanya Safee Sali yang belum cergas sepenuhnya akibat dari kecederaan semasa latihan beberapa hari sebelum perlawanan.  Hasilnya, Ahmad Shakir Md Ali menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama untuk pasukan utama dan terlangsungnya merupakan gol penyamaan bagi skuad bola sepak Malaysia dalam masa tambahan. 

Secara keseluruhannya pasukan Malaysia telah menonjolkan permainan yang menarik dengan beberapa percubaan yang merbahaya ke pintu gol Filipina namun sentuhnya penyudah saf hadapan negara agak kehilagan bisanya. Boleh dikatakan perlawanan seperti inilah yang sepatutnya diperbanyakkan lagi agar lebih memberi kesedaran kepada para pemain yang mewakili Harimau Malaysia agar mereka tidak leka serta sentiasa peka untuk meningkatkan dan cuba mengekalkan tahap terbaik dalam prestasi untuk setiap perlawanan.


Kesimpulan
Skuad Malaysia yang menggandingkan wajah-wajah baru nyata belum serasi namun permainan mereka bagus di bahagian tengah yang diketuai Safiq rahim dan larian-larian pantas di kedua2 sayap iaitu Kunalan dan Wan Zack nyata merupakan strategi yang ampuh untuk Malaysia malah akan lebih berbisa jika Norshahrul Idlan Talaha dapat "diturunkan" dalam setiap perlawanan. 
Penyerang utama Malaysia iaitu Safee Sali terlepas beberapa peluang cantik dihadapan pintu gol namun hantaran beliau kepada Shakir Ali membuahkan hasil dengan Shakir Ali bijak mengacah pertahan Filipina sebelum membuat sepakan yang mengelirukan penjaga gol Filipina dengan menggunakan kaki kiri.  Safee Sali membuktikan bahawa dia tidak "tamak" untuk mengejar kemasyhuran.  
Walaupun telah bergelar "jutawan bola sepak" dan mempunyai nama yang gah setaraf lagenda bola sepak Malaysia seperti Ghani Minhat dan Allahyarham Mokhtar Dahari, namun Safee Sali masih bersikap seperti "resmi padi", semakin berisi semakin tunduk.  Sikap dan mentaliti sebeginilah yang patut ada dalam setiap "otak" pemain-pemain bola sepak di Malaysia. Tidak hanyut dan tidak leka dengan kesenangan dan kemasyhuran.


Saintis lesbian Cina cipta sperma buatan

 
 Carian Google : Lesbian Chinese Scientists Create Artificial Sperm

Salam sejahtera...

Sebelum ini kita digemparkan dengan kejayaan pengklonan haiwan yang diberi nama Dolly.  Dolly yang memulakan kehidupan pada 5 Julai 1996 dan mati pada 14 Februari 2003, adalah kambing biri-biri betina dan menjadi mamalia pertama yang diklon daripada sel somatic dewasa, menggunakan proses pemindahan nuklear.  

Kini dunia sains kembali "bergegar" dengan kejayaan kononnya beberapa sainstis dari negara China yang dikatakan mencipta "sperma" tanpa memerlukan lelaki.  Kini China telah menggunakan pengetahuan mereka dalam pemetaan genom manusia tiruan untuk mewujudkan sperma buatan yang dipanggil "spermatazoid".  Dipercayai bahawa sainstis berkenaan adalah terdiri dari golongan lesbian.  

Hasil daripada usaha giat mereka dalam penciptaan "sperma buatan" itu dikatakan telah mula kelihatan sejak awal tahun 2011.  Mereka juga telah mengimport saintis dari Yokoshama, Jepun untuk membantu dalam penghasilan sperma buatan dan akan diberikan kepada golongan lesbian yang memerlukan.

Apa yang mereka ini lakukan adalah satu petanda malapetaka manusia akhir zaman.  Kemajuan dalam ilmu pengetahuan yang mereka kecapi telah disalahgunakan dan langsung tidak boleh dibanggakan kerana ia dilihat seolah-olah percubaan mereka untuk menjadi "Tuhan".  

Manusia sejak asal kewujudannya adalah berpasangan lelaki dan perempuan dan "menghasilkan keturunan" dari kaedah biologi (perkahwinan).  Dari perkahwinan akan membentuk sebuah keluarga yang berkongsi kebahagiaan zahir dan batin. Secara langsungnya akan membentuk masyarakat yang sejahtera.

Sekiranya khabar yang telah dilaporkan dalam beberapa laman web antarabangsa ini adalah benar, moga Allah SWT melindungi umat manusia dari kehancuran dan kerosakan akhir zaman.

Islam adalah agama untuk semua umat manusia (semua bangsa)



Banyak "statement" yang diputarbelitkan oleh pihak media massa di Malaysia atas arahan "tangan-tangan ghaib" jika ianya dikeluarkan oleh pihak yang tidak seteru dengan pemimpin atau parti pemerintah tertentu.

Mereka sering menyiarkan petikan ucapan yang telah "diubah" sama ada dalam bentuk video mahupun audio dengan harapan "orang-orang kampung" akan percaya bulat-bulat.  Malah ada sekelompok blogger upahan yang dipergunakan untuk menyebar berita rekaan bagi menjatuhkan imej individu tertentu.  Blogger seperti ini dapat dikenali dengan cara penggunaan tajuk artikel yang menggunakan "bahasa kotor" atau mencarut tak tentu arah.  Mereka (blogger upahan) dan pihak yang memberi upah, terdesak untuk merosakkan imej baik individu atau pihak lain serta mengharapkan rakyat Malaysia sudah cukup bodoh untuk mempercayainya.

Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Jadi ini bermaksud Islam adalah UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA termasuklah bangsa yang menganuti Yahudi. Ya, saya mengatakan "bangsa yang menganuti Yahudi" kerana istilah Yahudi sebenarnya adalah merujuk kepada agama, Yahudi bukan bangsa atau kewarganegaraan".  Malah istilah "Israel" itu merujuk kepada gelaran pada Nabi Musa A.S.  Istilah seperti ini sengaja disalahgunakan bagi mengelirukan bangsa mereka yang lain agar mendokong perjuangan sesat mereka. (merujuk pada salah satu siri dokumentari Jejak Rasul, TV3).

Maka dengan itu kita disaran supaya berbuat baik dan menjaga hak serta keselamatan apa sahaja bangsa selagi bangsa itu tidak memerangi Islam atau berbuat sesuatu yang jahat pada umat Islam, kerana jika itu terjadi, kita wajib mempertahankan agama dan diri.

Dalam isu yang diputarbelitkan media ini, jika bangsa yang menganuti Yahudi itu tidak memerangi dan mengganggu agama Islam dan umatnya, mengapa kita perlu mengasari mereka?. Hal ini merujuk kepada sebilangan bangsa Yahudi yang tidak membuat kekacauan. Yang membuat kekacauan kini adalah bangsa "Yahudi Celup" iaitu berfahaman Zionis. Inilah yang dimaksudkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Malah kita perlu menyekat dan menentang sesiapa sahaja yang cuba merosakan Islam walaupun ia datang dari bangsa Melayu sendiri.

Malah ada dari kalangan "Yahudi" yang telah diusir dan ditindas oleh Zionis kerana tidak bersetuju dengan fahaman yang ada dalam Zionis. Mereka yang dizalimi oleh Zionis ini digelar "Yahudi Ortodoks".

Kesimpulannya, selagi mereka tidak menyerang dan melakukan sesuatu yang tidak baik pada umat Islam, selagi itulah kita perlu menjaga dan menghormati hak keamanan mereka.  Kenapa perlu memusuhi dan memerangi mereka yang tidak buat "kesalahan" sedangkan yang berbuat demikian adalah sebilangan lain dari kaum mereka.  Kita wajib memerangi mereka pada yang sudah memulakan kejahatan sahaja, bukan semuanya.





**Sedikit sejarah mengenai Yahudi Ortodoks :
(dirujuk dari Pejuang Pro Demokrasi)

Mereka (Yahudi Ortodoks) diberi Tanah Suci oleh Tuhan agar dapat belajar dan mempraktikkan ajaran Taurat tanpa gangguan, dan untuk mencapai tahap keimanan adalah sukar untuk di lakukan di luar Tanah Suci. Mereka mengakui kesilapan - kesilapan lampau dalam beberapa siri pengkhianatan ke atas Nabi - nabi. Itulah yang dikatakan semua orang Yahudi(ortodoks) dalam doa mereka pada setiap festival Yahudi, "Umipnay chatoenu mayartsaynu golinu" yang bermaksud "Kerana dosa-dosa kami, kami diusir dari tanah kami". 

Mereka juga menyatakan yang mana mereka telah berbohong dengan tuhan yang mana mereka telah bersumpah "tidak masuk Tanah Suci sebagai peribumi sebelum masa yang ditakdirkan", "tidak akan memberontak terhadap bangsa - bangsa lain di muka bumi", menjadi warga yang setia, tidak melakukan sesuatu yang menentang kehendak mana-mana negara atau kehormatan, tidak membalas dendam, perselisihan, atau perampasan; "tidak meninggalkan perintah pengusiran." 

Sebaliknya, Mereka mengakui yang Yahudi harus rendah hati dan menerima Takdir pengusiran. Untuk melanggar sumpah seumpama akan menghasilkan "daging anda seperti mangsa rusa dan kijang di hutan," dan penebusan dosa akan tertunda. 

Pada 1 Februari 1940, Henry Montor eksekutif wakil Presiden Amerika menolak Rayuan Yahudi untuk campur tangan dalam isu pelarian Yahudi terdampar di sungai Danube dalam muatan kapal yang menyatakan bahawa "Palestin tidak boleh dibanjiri dengan ... orang-orang tua atau dengan orang - orang yang tak diinginiIni adalah fakta Sejarah paling pentingsekali iaitu pada tahun 1941 dan 1942 Tentera Gestapo Jerman menawarkan perpindahan bangsa yahudi dari Jerman ke Sepanyol dengan bayaran pampasan sebanyak $1000 setiap keluarga.

Para pemimpin Zionis di Switzerland dan Turki menerima tawaran dengan pemahaman yang jelas bahawa pengecualian daripada Palestin sebagai tujuan untuk pelarian didasarkan pada kesepakatan antara Gestapo dan Mufti.
Dalam pada itu pemimpin Zionis memberikan komen - komen yang amat negatif iaitu:

a)Hanya Palestin Sahaja Destinasi bagi Pelarian Yahudi.

b)Orang - orang Eropah harus bertanggungjawab atas kezaliman yang telah di lakukan pada kaum yahudi,dan oleh itu negara sekutu yang menang dalam peperangan harus memperuntukkan atu wilayah jajahan buat Yahudi membina sebuah negara Israel.

c)Tiada Bayaran pampasan oleh tentera gestapo ke atas mereka(yahudi) yang di bunuh dalam bilik gas.
 Para pemimpin Zionis mengkhianati darah daging mereka sendiri. Zionisme tidak pernah menjadi pilihan bagi keselamatan Yahudi. Sebaliknya, hal ini merupakan formula buat umat manusia menentang kekuatan mereka. Bayangkanlah ia sebuah pengkhianatan yang tak dapat di gambarkan dan ini sama sekali tak dapat diterima oleh Yahudi Ortodoks.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan