Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan : Malaysia - Sabah 24 Februari 2012
By Admin at 10:54:00 pm
bola sepak
Kebaikan dan kegunaan pokok Patawali
By Admin at 12:54:00 am
alam sekitar
Assalamualaikum....
Pada hari Jumaat yang dimuliakan ini, saya berkongsi maklumat kepada para pembaca mengenai tumbuhan yang dikenali sbagai "patawali". Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali.
Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan
berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan
dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai
rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk
memudahkan bayi bercerai susu.
Batangnya yang pahit itu mempunyai
kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang
dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya
berwarna hijau muda yang mempunyai enam "mahkota" yang berupa tunas. Bunganya
kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang.
Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid
dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.
Kegunaan :
Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang
mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut,
demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin
dikenali sebagai gonorea.
Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah
cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan
diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk
membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan
luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan
tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil "jattrorrhizine"
yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.
Selain
daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan
meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat
menurunkan suhu panas badan(mengubat demam). Malah di Filipina tonik ini
digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini
juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur
dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh
kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan
untuk mengubat penyakit "sifilis".
Cawangan baru Radix Fried Chicken di Shah Alam, Selangor
By Admin at 12:05:00 am
makanan
Assalamualaikum.....
Saya pernah mengunjungi Restoran Radix Fried Chicken yang terdapat di MyDin MITC,Ayer Keroh, Melaka dan saya berpuas hati dengan minuman dan rasa ayam gorengnya serta layanan dari para pekerja di sana. Walaupun ada pelbagai isu yang ditimbulkan atas sebab ketidakpuasan hati sesetengah pelanggan, namun saya masih lagi menyokong RFC kerana ia sebagai satu contoh baik dalam bidang keusahawanan berteraskan Islam.
Memang begitulah sifat insan yang dikurniakan akal dan nafsu ini. Sampai kiamatpun pasti ada yang tidak kena dan puas hatinya. Hatta pada diri kita sendiripun, tidak dapat memuaskan perasaan semua orang di sekeliling kita. Cuma saya berharap pada saf pengurusan RFC agar peka dalam setiap aduan dan masalah yang timbul di setiap cawangan restoran RFC. Lakukanlah pekerjaan yang mulia ini dengan sabar, tekun dan istiqamah agar dengan itu ia dapat menjadi pendorong serta contoh pada umat Islam yang lain, yang berminat dalam bidang keusahawanan ini.
Ingatlah, ayam di RFC diyakini suci lagi halal dan disembelih sambil doa dibacakan. Di restoran lain, walaupun ayamnya mendapat status halal, tetapi semasa ayam itu disembelih, belum tentu ianya dibacakan "bismillah" dan doa-doa tertentu.
Mengenai cawangan baru RFC di Shah Alam, ianya beralamat di No
2 Jalan Kristal J 7/J, Seksyen 7 Shah Alam. Berhadapan dengan padang Sekolah Rendah Kebangsaan
Seksyen 7, Shah Alam. Ianya dibuka pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 10.00pagi hingga 1.00pagi. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad
ia dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Peta Lokasi
Ini sahajalah peta yang terbaik yang dapat saya sediakan. Mohon maaf jika kurang jelas
Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012, Kumpulan C : Malaysia - Jepun
By Admin at 6:30:00 pm
bola sepak
22 Februari 2012
MALAYSIA vs JEPUN
Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia akan turun tanpa Wan Zack Haikal Wan Noor dan Gary Steven Robbat kerana menjalani penggantungan perlawanan. Manakala Jepun amat tertekan kerana bukan sahaja mahukan kemenangan tetapi terdesak memburu jaringan yang besar bagi mengatasi Syria.
Jika
kamu tidak mampu untuk terus menyokong ketika pasukan bola sepak
Malaysia kalah, maka kamu langsung TIDAK LAYAK untuk bersorak ketika
Malaysia menang...!!!
(ada yang tak suka dengan ayat saya di atas? ada aku kesah? kesah le sangatnyepun adoi...!!!)
Ulasan perlawanan :
Saya sangat "raspect" pada
penyokong yang bersorak dan menyanyi sepanjang perlawanan untuk pasukan
Malaysia... dari segi nyanyian dan cara sorakan tersebut..., mereka
dikenalpasti sebagai satu kelompok penyokong yang dipanggil "Ultras
Malaya" . Mereka ni tetap menyokong bola sepak kebangsaan Malaysia sama
ada menang atau kalah...
Malaysia boleh juga dianggap "menang" kerana dapat mengelak dari bolos lebih banyak kerana Jepun perlu cari seberapa banyak gol bagi mengatasi Syria dengan perbezaan jumlah gol. Jika Syria dapat tambah lagi gol ketika menentang Bahrain, maka ia jadi halangan pada Jepun untuk mara ke peringkat seterusnya.
Dua ini sahaja sebab yang Malaysia tidak dapat kemenangan :-
-Bahagian tengah pasukan Malaysia "lopong"
-Bahagian pertahanan Malaysia lambat "cover" selepas naik ke atas untuk menyerang
Perasmian Radix Fried Chicken cawangan Shah Alam - 22 Februari 2012
By Admin at 12:40:00 pm
makanan
Assalamualaikum.....
HPA Industries Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 15 hb
Julai 1995, diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad akan mengadakan majlis Perasmian Radix Fried Chicken cawangan Shah Alam pada hari ini (Rabu, 22 Februari 2012), bermula jam 4.00 petang.
Dengan pembukaan cawangan baru di Shah Alam, secara langsungnya menamatkan penantian peminat RFC yang berada di sekitar Lembah Kelang bagi melihat sebuah restoran RFC dibina dalam kawasan mereka.