Malaysia lawan Indonesia : Keputusan Peringkat Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

 
Stadium Gelora Bung Karno



KEPUTUSAN PENUH



MALAYSIA                       1       1                   INDONESIA
Minit 35                                                           Minit 5
(Asraruddin Putra Omar)                                   (Gunawan)


Sepakan Penalti :

MALAYSIA  4      3  INDONESIA


Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Bau-bau kemenangan Malaysia semakin kuat apabila penjaga gol muka bajet Korea iaitu Khairul Fahmi Che Mat berjaya menampan sepakan penalti terakhir dari pemain Indonesia.  Kapten pasukan Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar dengan muka biasa-biasa, berjaya melepaskan sepakan padu untuk memberikan pingat emas sukan bola sepak kepada Skuad Harimau Muda.  Emas sukan bola sepak dianggap "ibu" segala pingat di Sukan SEA ini.

Walaupun sepakan dari Baddrol Baktiar itu berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia, tetapi di atas kekuatan yang ada pada sepakan dari kapten Harimau Muda ini, bola bergolek masuk ke dalam gawang gol Indonesia.  Siapa kata rezeki tidak datang bergolek...kan..kan.. kan...?

**p/s :  

1. Kali ini barulah saya dapat dengar dengan jelas lagu "Negaraku" dinyanyikan.  Tidak ada lagi gangguan bunyi dan lain-lain perbuatan dari penyokong Indonesia yang biadap.

2. Semua yang bermain untuk acara bola sepak Sukan SEA 2011 kali ini adalah wira tetapi apabila tibanya babak penentuan pemenang melalui sepakan penalti, fokus wira lebih tertumpu pada penjaring sepakan penalti terutamanya yang menjadi kunci kemenangan iaitu penjaga gol Khairul Fahmi dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.

3. Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia (Harimau Muda), dibawa pulang lebih awal berbanding deligasi sukan Malaysia yang lain dengan menggunakan pesawat sewa khas kerana memerlukan rehat secukupnya di mana Harimau Muda akan menentang Syria dalam pusingan kelayakan Olimpik, Rabu ini.

Pengulas sukan Indonesia di stesyen TVRI mengatakan Baddrol Bakhtiar pemain berbahaya

 
Pengulas sukan yang saya maksudkan berada di sebelah kanan, bercermin mata.


Assalamualaikum....
Saya telah mengikuti siaran langsung perlawanan bola sepak antara Vietnam dan Indonesia, yang mana berkesudahan Indonesia layak ke peringkat akhir dengan mengalahkan Vietnam dengan jaringan dua berbalas kosong hasil penyudah Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

Pengulas (komentor) sukan yang menjadi tetamu di stesyen televisyen TVRI memaklumkan bahawa ini merupakan peluang terbaik untuk Republik Indonesia membalas atas kekalahan yang lalu dan sebelum mengakhiri siaran tersebut, beliau sempat menyatakan bahawa kapten pasukan Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar adalah pemain berbahaya pada pasukan Indonesia di final nanti.

Oleh itu saya mengharapkan agar Baddrol Bakhtiar lebih berjaga-jaga dengan corak permainan keras dan kasar yang mungkin digunapakai oleh skuad Garuda (dah kalah nanti garu kepala daa..).  Pemain lain dalam pasukan Harimau Muda perlu sentiasa peka atas setiap gerakan yang diusahakan oleh Indonesia dengan "man to man marking" yang lebih ketat dan jitu bagi merantai pergerakkan pemain Garuda agar mereka "nga bisa terbang tinggi..".

Malaysia lawan Myanmar : Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Malaysia layak ke peringkat akhir


Malaysia   1      Myanmar    0
Fakri Saarani 
minit ke 85

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana Malaysia berjaya memenangi perlawanan bola sepak bertemu Myanmar tanpa perlu mengharungi masa tambahan 15 minit atau penentuan sepakan penalti.

Gol kemenangan skuad Harimau Muda ini dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada separuh masa kedua, minit ke 85 hasil dari gerakan tersusun dan kemas dari bahagian tengah padang.  Mungkin hasil dari kritikan peminat bola sepak Malaysia di blog dan facebook, membakar semangat beliau untuk memberikan hadiah terindah buat seluruh rakyat Malaysia dengan gol kemenangan ini.


Seperti yang pernah dilalui oleh pasukan Harimau Muda pada dua tahun lalu di Sukan Sea Loas 2009, dugaan serta cabaran yang dialami oleh pasukan Harimau Muda kali ini tidak kurang getir dan hebatnya.  Dengan masalah kecederaan, penggantungan kad kuning, "keadilan" pengadil yang tidak konsisten, ketiadaan jurulatih Ong Kim Swee di bangku pemain simpanan, ditambah lagi dengan provokasi penyokong "sepakbola" Indonesia serta pihak media massa negara berkenaan, saya dapat katakan bahawa laluan berliku pasukan bola sepak Malaysia ini amat memeritkan pemain muda kita namun ia sebenarnya dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pada mereka untuk perlawanan seterusnya dan kebaikkan di masa hadapan.

Dalam tiga tahun kebelakangan ini, mutu bola sepak Malaysia sedikit demi sedikit merangkak naik dan kita dapat menyaksikan Malaysia kini mempunyai pilihan pemain berpotensi yang banyak untuk sesuatu perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa.  

Bakat-bakat bola sepak ini perlu sentiasa dijaga dan digilap dengan baik serta teliti agar pembangunan keupayaan mereka ini berterusan dan tidak dikotori oleh unsur-unsur negatif seperti masalah displin, pengaruh politik kotor dan ketidakadilan dalam proses memilih pemain bagi mewakili negara. Mereka juga perlu mempunyai idola dari kalangan pemain bola sepak Harimau Malaya terdahulu terutamanya dari zaman Raja Bola Sepak Asia iaitu Ghani Minhat dan zaman Super Mokh, Mokhtar Dahari...  Unsur-unsur Islam perlu diterapkan terutamanya untuk pemain beragama Islam agar "rezeki" yang mereka perolehi dari sukan bola sepak menjadi rezeki yang diberkati Allah SWT dan halal sepanjang masa.  Solat jangan dilupakan..!




**p/s : 
  1. Mesti bengang giler penyokong sepakbola Indonesia, berbulu je tengok pemain kita meraikan kemenangan ke atas Myanmar dan layak ke peringkat akhir.
  2. Sesungguhnya dengan segala provokasi yang dilakukan oleh Indonesia membuktikan mereka takut akan keupayaan atlit kita di temasya sukan SEA kali ini...

Cerita akhir zaman : Haiwan laksana manusia, Manusia laksana haiwan

 


 Lihatlah video yang menyayat hati ini dengan bermuasabah diri dan sama-samalah kita 
mengaudit qalbu masing-masing, di manakah tahap kita ketika ini...


Assalamualaikum....

Semoga pada hari Jumaat yang mulia dan penuh kerahmatan ini, kita beroleh petunjuk, hidayah dan kasih sayang dari Allah SWT agar kita mampu menghabiskan sisa-sisa umur hidup ini di atas muka bumi yang fana dengan jalan yang baik dan diredhai olehNya...

Gambar di atas ini mengisahkan perbezaan perbuatan makhluk di akhir zaman antara anjing dan manusia.  Kelihatan gambar di sebelah kiri adalah seekor anjing berusaha menarik bangkai "kawannya" ke tepi yang mati dilanggar lori di sebuah lebuhraya yang sibuk.  Anjing yang hidup itu bersusah payah menyelamatkan bangkai kawannya itu dari dilanggar lagi oleh kenderaan. Anjing itu memandang ke kiri ke kanan seperti ingin meminta bantuan dari sesiapa yang sudi.

Gambar di sebelah kanan menunjukkan perbuatan yang dipercayai dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat semasa mereka menceroboh Iraq suatu ketika dahulu.  Tentera-tentera tersebut memijak, memukul dan mengasari seorang tua yang sudah tidak berdaya menahan kebiadapan" tentera-tentera anjing dari "Negara Uncle Sam" itu.

Bergenang air mata saya apabila menonton video yang menyentuh perasaan ini.  Di kala dunia semakin tiba di "penghujung zaman", manusia semakin kejam dan berprilaku seperti haiwan.  Semakin banyak manusia yang munafik dan tidak mengikut lunas-lunas kemanusiaan dan ajaran keagamaan yang baik.  Kekejaman seperti ini bukan sahaja dilakukan oleh orang kafir, malah orang Islam juga ada melakukannya.  Jangan kata ianya hanya berlaku di luar negara, kejadian seperti ada berlaku di Malaysia tetapi ianya disembunyikan dari siaran media massa arus perdana.
 

 
Berhimpun secara aman tetapi disebabkan orang awam itu berlainan "pandangan politik", orang awam rakyat Malaysia itu dikasari laksana rakyat Palestin dibelasah askar Yahudi Zionis.

Keputusan perlawanan ke lima bola sepak Sukan SEA 2011 (Kumpulan A) : Malaysia - Indonesia


Salam sejahtera....

Syukur kepada Allah SWT  kerana pasukan bola sepak Harimau Muda telah berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan jaringan satu gol pada minit ke 17, hasil dari gerakkan dan percubaan Syahrul Azwari Ibrahim.

Seperti "skrip" perlawanan sebelum ini, saya perhatikan Malaysia bermain dalam "nada" yang meyakinkan pada separuh masa pertama tetapi sedikit menurun pada separuh masa kedua, namun kali ini pasukan kita berjaya menyerap tekanan dan pertahanan Malaysia yang mendapat kerjasama yang baik dengan pemain bahagian tengah berjaya mengekalkan rentak bertahan yang baik "bangat" sih.... :-)

Dalam perlawanan kali ini, pemain muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Nazmi Faiz Mansor dilihat dapat mengekalkan mutu permainan yang memberangsangkan dan dapat menjalankan tugas selaku "life wire" dengan baik untuk bahagian tengah pasukan bola sepak Malaysia.

Sedikit menggusarkan apabila ketua jurulatih Malaysia iaitu Ong Kim Swee diarahkan oleh pengadil perlawanan untuk tidak berada di tepi padang kerana banyak kali membuat banyak bantahan atas keputusan pengadil.  Namun beliau yang berada di tempat duduk penonton masih lagi berhubungan dengan penolong jurulatihnya menggunakan "walkie talkie" untuk memberi arahan dan panduan buat pemain Malaysia.

Tahniah Malaysia kerana dalam mengalami kecederaan pemain utama serta provokasi media massa dan penyokong Indonesia, masih dapat bermain dengan baik tanpa membuat kesilapan "bodoh".  Malaysia yang kini menjadi juara kumpulan A akan bertemu dengan pasukan Myanmar (naib juara kumpulan B) di perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2011 pada tarikh 19 November 2011.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan