Malaysia mampu buat bangunan tinggi, resort serta hotel mewah, lapangan terbang antarabangsa, litar perlumbaan antarabangsa tapi orang yang memimpinnya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah makanan ternakan ( dedak ) dan keperluan makanan penduduknya. Ini menyebabkan rantaian makanan terjejas dan pihak yang memonopoli bekalan akan menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Pihak pengkaji di universiti dah ada buat kajian berkenaan makanan ternakan dan mencapai hasil positif dalam ujikaji namun apabila sesuatu perkara tidak mendatangkan keuntungan pada puak mereka, maka hasil kajian itu dipinggirkan.
Kedah pula khabarnya nak jadi pengekspot ketum ke Thailand. Maka mereka akan dikenali sebagai "negeri jelapang ketum", bukan lagi "negeri jelapang padi".