Kim Pan Gon buat undang-undang khas untuk pemain skuad bola sepak kebangsaan Malaysia

 


Ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon menyenaraikan beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh barisan pemain negara dan akan mengenakan denda jika melanggar arahannya itu.

Pemain sayap lincah negara, Muhammad Faisal Abdul Halim berkata larangan yang dikenakan itu secara tidak langsung menjadikan hubungan antara pemain lebih baik selain lebih teratur dan berdisiplin, namun bukan bermaksud disiplin barisan pemain sebelum ini tidak baik.

“Kita ada senarai yang kena buat sekarang kalau tidak buat kena denda, jadi pemain semua dapat ikut dengan baik.

“Dalam senarai itu contohnya, kalau kita salah pakai kasut pergi latihan pun ada dikenakan denda dalam RM50 hingga RM100 dan pada hari perlawanan kita tidak boleh main telefon," katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir pasukan negara di Stadium Nasional di Bukit Jalil di Kuala Lumpur, pagi ini.

Pemain Terengganu FC itu berkata Pan Gon juga mahu setiap pemain memikirkan nama baik yang dibawa ketika mewakili skuad kebangsaan.

Menurut Muhammad Faisal, Pan Gon turut memaklumkan beliau boleh melatih pasukan dengan lebih tegas mengikut cara orang Korea Selatan, namun enggan berbuat demikian kerana menganggap semua pemain adalah profesional dan mampu berfikir mengenai peranan masing-masing.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.


Kredit :
- Bernama
- FAM


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan