USA beri radar jarak jauh bernilai RM100 juta kepada Malaysia

 


Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengeluarkan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24 lalu menyebut bahawa syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan