Pada hari Khamis, 23 September 2021 bermula pada pukul 03:21 pagi, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari.
Dalam tempoh sehari tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak-Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengahari "tanpa bayang" kerana Matahari akan berada betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.
Kredit :
- Planetarium Negara