Asteroid bersaiz 137 meter mendekati Bumi hari Jumaat

 


Data pengesan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sedang memantau sebuah asteroid bersaiz 137 meter (m) yang dijangka melintasi orbit Bumi pada Jumaat ini ( 10 September 2021), lapor akhbar Daily Star.

Asteroid yang digelar 2021RE itu dijangka berada pada jarak 5.47 juta kilometer (km) dari Bumi pada hari tersebut.

Sebagai perbandingan, jarak dari bulan ke Bumi adalah sejauh 384,400 km.

2021RE akan bergerak pada kelajuan 30,000 meter sejam dan akan menyebabkan lekuk yang besar sekiranya ia melanggar Bumi.

Sementara itu, dalam tempoh beberapa hari akan datang, beberapa objek bersaiz antara sebuah rumah dan sebuah pesawat dijangka melintas dalam jarak yang hampir dengan Bumi.

Awal bulan ini, NASA mendedahkan satu kajian baharu yang meningkatkan kemungkinan bahawa sebuah asteroid digelar Bennu yang memiliki lebar 536 m akan melanggar Bumi antara sekarang hingga tahun 2300.

Batu ruang angkasa jenis C yang disenaraikan sebagai ‘objek yang berpotensi mendatangkan bahaya’ kepada manusia itu ditemui pada tahun 1999.

Bennu merupakan salah satu daripada dua asteroid paling berbahaya yang ditemui dalam sistem solar. – Agensi


Kredit : Kosmo




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan