Cadangan terbuka untuk para YB yang beri bantuan peranti elektronik kepada pelajar

Kepada setiap Yang Berhormat atau mana-mana pihak yang memberikan bantuan peranti elektronik seperti laptop, tablet atau telefon pintar kepada pelajar atau bukan pelajar.....

Saya cadangkan setiap pemberian tablet atau telefon pintar itu disertakan sekali dengan panduan bercetak bagi mengajar cara-cara menjaga dan menyelenggara gajet berkenaan kerana sepanjang pengalaman saya membuat perkhidmatan mengajar komputer secara peribadi di rumah peserta, ramai orang tahu guna sikit-sikit komputer / tablet / telefon pintar namun mereka ada yang langsung tidak tahu cara penyelenggaraan alatan berkenaan.

Penyelengaraan bermaksud dari segi sistem iaitu membuang fail-fail / ingatan sementara yang tidak perlu, mengemaskini aplikasi terutamanya aplikasi anti virus dan lain-lain aplikasi yang dirasakan perlu dikemaskini.

Penyelengaraan dari segi fizikal ialah seperti suhu persekitaran pada lokasi alat itu disimpan atau digunakan ( tidak meletakkan alat itu di tempat yang basah dan panas ), tidak meletakkan alat itu bertindih dengan barang yang lain, memakai perlindungan fizikal tambahan bagi mengurangkan impak pada alat berkenaan sekiranya terjatuh dan semasa mengecas bateri, jangan letak atas bantal atau tilam.

Untuk memanjangkan jangka hayat bateri, elakan dari mengecas alat berkenaan sambil menggunakannya. Cara terbaik ialah off kan dahulu alatan berkenaan sebelum mengecas penuh.

Jika laptop, jangan letak atas bantal, tilam atau peha semasa menggunakannya kerana ia akan mengganggu pengaliran haba panas. Ini akan mempercepatkan kerosakan peranti elektronik berkenaan.


Yang menyampaikan,

Ahmad Zaki Abdul Rahim


- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

- Pengasas URUTAN - Tanjung Rimau Dalam

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan