Wajarkah Hamidin letak jawatan di FAM ?

 


Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) menjadi sasaran segelintir pengkritik awam bola sepak Malaysia untuk meletakkan jawatan beliau. Hal ini terjadi berikutan kekalahan Malaysia pada United Arab Emirates yang berlangsung pada 4 Jun 2021.

Pendapat saya pula terbahagi kepada dua. Pertama, tidak wajar beliau meletak jawatan kerana sememangnya idea dan perancangan skuad bola sepak Harimau Malaya tidak mencapai tahap kematangan yang diperlukan lantaran masalah wabak Covid 19 yang membadai dunia.

Malaysia dan beberapa negara lain tidak dapat berlatih dengan sempurna. Iya, pasti ada yang akan berkata kenapa pasukan UAE boleh pula menang...?

Senang cerita macam ini... Setiap orang lain rezekinya, lain tahapnya. Tahap pemain UAE tu berlatih sikit pun dah dapat tahap yang memuaskan. Mungkin disebabkan oleh persekitaran bola sepak di negara mereka yang lebih positif, namun apabila tiba pada Malaysia, pemain bola sepak negara kita ini dah memang jenis yang perlu latihan yang lama untuk mencapai potensi yang tinggi.

Apabila terjadinya masalah wabak Covid Sembilan Belas, maka terjejaslah persiapan mereka.

Datuk Haji Hamidin adalah individu yang paling sesuai selepas Tunku Mahkota Johor. Beliau dilihat meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tunku Ismail iaitu segala perancangan bagi memperbaiki mutu bola sepak Malaysia secara total. 

Pendapat saya yang kedua, wajar untuk Datuk Haji Hamidin melepaskan jawatan beliau di FAM jika ada individu yang sehebat TMJ atau yang lebih bagus dari Datuk Haji Hamidin dalam menguruskan bola sepak di Malaysia secara telus dan tanpa culas pada pengurusan kewangan.


Coretan :

Ahmad Zaki,

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Teknologi Maklumat Multimedia, Unifield International Collage

- Pengasas URUTAN - Tanjung Rimau Dalam




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan