Akibat makan jering berlebihan

Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengadu kesakitan dibahagian pinggang dengan kesukaran untuk kencing. Lelaki yang berusia 32 tahun ini meraung raung kesakitan beserta muntah dan lesu. 

Tiub kencing dimasukkan , dan air kencing berwarna merah cerah kelihatan keluar dari tiub kencing tersebut. Pesakit ini tidak mempunyai masalah kesihatan. 

Soal lanjut mendapati lelaki tersebut telah makan jering sebagai ulam , 10 ke 15 biji. Ujian darah dilakukan menunjukkan paras creatinine melambung tinggi mencecah 500. 

Pesakit ini disahkan mengalami Djengkolism, iaitu kerosakan akut buat pinggang akibat pengambilan jering berlebihan. Jering kaya dengan kristal asid yang boleh menyumbat sistem buah pinggang. 

Akibat pengambilan berlebihan, pembentukan kristal ini menyebabkan kerosakan buah pinggang sehingga menyebabkan kecederaan dan pendarahan. 

Jika dirawat segera, masalah ini boleh dirawat dengan rehidrasi selama beberapa hari. 

Bukan bermakna TIDAK BOLEH makan jering, cuma pastikan jangan makan secara BERLEBIHAN.


Kredit : Public Health Malaysia

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan