Peringatan untuk rakyat Malaysia. Kalau ada jumpa pemborong atau pekedai telur yang jual telur pecah dalam plastik seperti pada gambar di atas, JANGAN beli.
Anda perlu tahu, ini bukannya telur elok yang mereka sengaja pecahkan. Ianya merupakan telur yang telah pecah semasa proses penghantaran menggunakan lori atau pecah semasa proses pemunggahan.
Oleh kerana sikap mementingkan keuntungan tanpa mengambil peduli kesihatan pembeli, mereka tidak membuang telur berkenaan sebaliknya mereka memasukan isi telur berkenaan ke dalam plastik dan dijual dengan harga yang murah.
Telur ayam yang retak atau pecah ini mengandungi bakteria yang bernama "salmonella".
Jangan disebabkan nak berjimat sangat duit, sampai ada yang tidak menjaga kesihatan dengan membeli telur sebegini.
Orang yang berniaga bakeri atau yang seumpamanya, tolonglah fikirkan kesihatan dan nyawa orang lain juga. Jangan nak fikirkan keuntungan saja. Wajib pedulikan keberkatan dalam perniagaan.
Kredit : FB Anne Lyra ( ditaip dan diperbetulkan semula ejaan serta ditambah kosa kata oleh Ahmad Zaki )
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Jangkitan Salmonella disebabkan oleh sekumpulan bakteria Salmonella yang disebarkan dari tinja ( bahan buangan ) dari orang atau haiwan ke orang lain atau haiwan lain. Sumber makanan yang mudah tercemar selalunya berasal dari haiwan atau serangga. Ini termasuklah daging lembu, unggas, makanan laut, susu atau telur.
Kesan sampingan bakteria Salmonella :
Manusia sering dijangkiti melalui air atau makanan yang tercemar. Biasanya orang yang menghidapi jangkitan Salmonella tidak mempunyai gejala yang ketara, namun ada sebilangan orang yang lain akan mengalami cirit-birit, demam dan kekejangan perut dalam masa lapan hingga 72 jam. Sebilangan besar orang yang sihat, pulih dalam beberapa hari tanpa rawatan yang khusus.