Zon Merah : PKPD di Kluang, Johor


Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam,Kluang, Johor adalah lokasi pertama dikenakan Perintah  Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD.

Seramai 3,750 penduduk Kampung Simpang Renggam diarahkan duduk dirumah dan tiada siapa dibenarkan keluar untuk sebarang urusan biarpun bagi urusan pembelian barang keperluan.

Sebarang aktiviti perniagaan diarahkan berhenti dan laluan keluar masuk akan disekat oleh ATM dan PDRM.

Pelawat dari luar ditegah untuk memasuki zon PKPD dan akan dihalau keluar sekiranya berdegil.

Sesiapa yang ingkar akan ditahan serta merta oleh ATM dan PDRM dengan kerjasama Rela dan JPAM  yang akan menguatkuasakan PKPD bermula 12.01 malam 27 Mac 2020. PKPD ini akan berakhir pada 09 April 2020.

PKPD dikuatkuasakan selepas 61 penduduk dikawasan berkenaan  positif Covid 19.

MKN telah dinasihat oleh Menteri kesihatan untuk melaksanakan PKPD bagi tujuan saringan secara berskala besar bagi tujuan Mass Testing bagi mengesan lagi PUI yang positif +Ve.

Pihak ATM dan KKM akan menyediakan dan membina Medical Base di kawasan berkenaan bagi memudahkan operasi kesihatan dan pencegahan NCovid dijalankan secara berpusat di kawasan berkenaan.

Penduduk dikehendaki memberi kerjasama kepada staff KKM yang akan hadir setiap rumah penduduk bagi tujuan Saringan dan pengambilan sampel secara swab.

Jangan risau, bekalan makanan asas akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tempoh 14 hari PKPD.

Tabahkan Hati.

Ikut Arahan Pihak ATM dan PDRM.

Duduklah Diam Diam Di Rumah.

Kredit :
-Malaysia Military Power
- About Simpang Renggam (Facebook)
#asrinfo #asr #pray4sr #simpangrenggam #covid19

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan