Terima kasih Palestin !


Dalam satu video yang dimuat-naik di Twitter dan beberapa media sosial yang lain menunjukkan sekumpulan wanita warga Palestin beserta guru agama mereka bermurah hati mendoakan kesejahteraan bagi rakyat negara Malaysia yang sedang dilanda daripada wabak coronavirus (covid19).

Mungkin ada yang terfikir mengapa rakyat Palestin secara khas mendoakan untuk Malaysia sedangkan wabak Covid-19 ini menyerang beberapa tempat di Bumi.

Menurut Dr. Muraweh Musa Nassar, Pengerusi Lajnah Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Sedunia, beliau menyatakan hanya tiga negara yang dianggap oleh rakyat Palestin sebagai negara yang betul-betul memperjuangkan isu Palestin iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan TURKI.

Oleh itu sebagai "saudara seagama" dan mereka yang menghargai erti kemanusiaan, hendaklah terus menyalurkan bantuan kewangan dan bermacam keperluan rakyat Palestin yang masih dijajahi oleh keganasan spesis yahudi zionis.

Video sekumpulan rakyat Palestine sedang berdoa untuk Malaysia :



* Berita terkini Palestin (22 Mac 2020) :


COVID-19: Kes pertama di Gaza, pihak berkuasa bimbang tak mampu tampung rawatan.

PALESTIN mencatat dua kes pertama COVID-19 pada Ahad, apabila dua rakyatnya yang pulang dari Pakistan ke Tebing Gaza, didapati positif virus tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Palestin Dr Yousef Abu el-Rish mengumumkan bahawa kedua-dua pesakit kini menerima rawatan di sebuah hospital di selatan Tebing Gaza.

“Pada awal Ahad, 22 Mac 2020, kami mengesahkan keputusan dua individu yang pulang dari Pakistan pada Khamis, 19 Mac 2020,” jelas beliau.

“Keputusan itu menunjukkan bahawa kedua-dua individu tersebut adalah positif koronavirus."

Kredit :
- Reza Razali (Twitter)
- Astro Awani online


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan