Agihan topeng muka, sabun anti bakteria dan hand sanitizer di Port Dickson


AGIHAN TOPENG MUKA, SABUN ANTI BAKTERIA DAN HAND SANITIZER

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson mengambil inisiatif untuk mengagihkan beberapa keperluan berikut secara percuma kepada penduduk dan agensi sekitar daerah.

1. 1,000 set topeng muka (setiap set mengandungi 7 keping topeng muka & 10 swab alkohol)

2. 1,000 botol sabun anti bakteria

3. 1,000 botol cecair pembasmi kuman (hand sanitizer)

Inisiatif berkenaan dilakukan dalam usaha bersama melandaikan lengkung (flattening the curve) terkait jangkitan Covid-19.

Ia juga sebagai langkah kesedaran bagi mengingatkan mereka untuk sentiasa berwaspada dengan penularan wabak Covid-19 sekiranya terpaksa menjalankan tugasan luar.

BANTUAN HARAPAN

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson juga akan mengagihkan 500 paket bantuan keperluan asas kepada golongan asnaf, warga emas dan mereka yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19.

HANTAR HARAPAN

Dengan usahasama para sukarelawan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Teluk Kemang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson turut menyediakan perkhidmatan menghantar barangan keperluan asas dan ubat-ubatan kepada warga yang memerlukan secara percuma.

Warga Port Dickson boleh menghubungi wakil Pusat Khidmat Rakyat, saudara Boy Fadzrie di talian 018-2428536 untuk butiran lanjut.

Kesemua bantuan ini diharap dapat meringankan beban warga Port Dickson.

Semoga Allah SWT terus melindungi rakyat dan negara ini.

ANWAR IBRAHIM

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan