Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis


Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 Mac 2017.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, siasatan awal mendapati dia mengamuk hanya tidak berpuas hati kerana mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurut Berita Harian, lelaki berusia 30-an dengan berbekalkan kayu golf memecahkan dinding cermin di premis syarikat telekomunikasi berkenaan yang bertempat di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari. Amukan keduanya di premis telekomunikasi yang sama di Jalan Keranji.

Bagaimanapun si pelaku berjaya ditahan lebih kurang jam 5 petang, pada hari yang sama.


Related Posts:

  • Amaran angin kencang dan ribut petir KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka bermula Jumaat ini, 27 Mac 2020. METMalaysia dalam kenyataan tersebut berkata, cuac… Read More
  • Batang ubi kayu bantu kawal penularan COVID-19 🔥PENEMUAN SENSASI !!!🔥 Batang ubi kayu diyakini boleh mencegah dari merebaknya wabak Covid-19 dalam musim PKP Caranya penyediaannya : 1. Ambil batang ubi kayu yang sudah matang. 2. Bersihkan dengan buang daun yang ad… Read More
  • Zon Merah : PKPD di Kluang, Johor Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam,Kluang, Johor adalah lokasi pertama dikenakan Perintah  Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD. Seramai 3,750 penduduk Kampung Simpa… Read More
  • Beratus orang gelandangan diangkut DBKL Seramai 510 gelandangan di sekitar ibu negara telah diselamatkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ditempatkan di empat lokasi sementara iaitu di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Setiawangsa, Dewan Serbaguna Al… Read More
  • Pelarian Syria berdoa untuk Malaysia Satu video dari pertubuhan bukan kerajaan iaitu SyriaCare telah merakamkan sekumpulan pelarian yang terdiri dari rakyat negara Syria berdoa di dalam khemah. Walaupun mereka serba kekurangan namun mereka masih mampu me… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan