Komposer Johan Nawawi meninggal dunia


Komposer terkenal Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya (SJMC), awal pagi Jumaat (24 Mac 2017).

Memetik laporan mStar online, berita itu disahkan oleh pengurus kepada Nora iaitu Lisa Aryanti Tahir.

Johan yang berusia 52 tahun, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Jenazah akan dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata, Syakir Iman, 24 tahun, Syakir Alif, 18 tahun, Putri Nor Dahlia, 13 tahun, dan Putri Nor Fathehah, 5 tahun.


Biodata ringkas :

Johan Nawawi adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. 

Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

Beliau adalah berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. 

Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

Related Posts:

  • Video wartawan TV3 dilebok lembu Jarang berlaku tapi ianya terjadi pada seorang wartawan berita TV3 yang disondol lembu ketika siaran langsung disuatu lokasi berkenaan dengan masalah haiwan ternakan yang dibiar bebas di kawasan orang ramai. Di bawah adal… Read More
  • Mohammad Ashraf dikatakan selesa di alam bunian Pelbagai pihak yang terlibat dalam pencarian Mohammad Ashraf telah membuat kesimpulan. Ada yang kata dia terlanggar anak bunian sehingga berdarah kepala anak bunian, disorokkan oleh puteri bunian dan pelbagai lagi versi ce… Read More
  • Konsert Malam Kemuncak Karnival Jambatan Sultan Ismail 2019 #Hebahan #KJSI2019 KONSERT MALAM KEMUNCAK KARNIVAL JAMBATAN SULTAN ISMAIL (KJSI) 2019 🎪🎭🎉🎈 Tarikh: 19 April 2019 📅 Masa: 8.30 Malam ⏱ Tempat: Padang Nyiru, Muar 📍 (berhadapan Menara Jam/Laman Maharani) Pelbagai ak… Read More
  • Sewa bilik serendah RM100 sebulan di Kuala Lumpur Gambar hiasan Sebuah bangunan lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing dengan 120 buah bilik, bagi menjayakan konsep 'capsule hotel' di bawah i… Read More
  • Gadis bekerja di UTC Melaka hilang Berikut adalah status yang dikongsikan di Halaman Facebook "Melaka Network" berkenaan dengan pertolongan untuk mencari orang hilang di Melaka dari seorang individu yang merupakan abang kepada orang yang hilang itu : Assal… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan