18 ekor buaya lari dari zoo

 

Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di Permatang Siantar, Sumatera Utara dilanda banjir akibat hujan lebat yang turun seharian.

Dalam kejadian malam kelmarin, kesemua buaya terbabit "bebas" keluar dari kandang apabila air yang naik setinggi tiga meter di Taman Haiwan Permatang Siantar (THPS) itu melepasi pagar kandang.

Media-media dalam talian memetik Pengurus Besar THPS, Nandang Suaida sebagai berkata, hujan lebat mengakibatkan seluruh kawasan zoo itu ditenggelami air sehingga hanya ternampak bahagian atas bangunan sahaja.

Katanya, para petugas zoo ternampak buaya-buaya itu berenang mencari tempat perlindungan dan segera menangkap beberapa ekor haiwan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta bantuan polis untuk mencari dan menemui semula kesemua 18 ekor buaya itu termasuk lapan ekor yang berada di rumah orang awam dan juga di luar kawasan zoo.

"Alhamdulillah sudah tertangkap semuanya kira-kira pukul 11.48 tengah malam tadi," katanya seperti yang dipetik oleh agensi berita Antara di sini, hari ini.

Nandang berkata, keadaan banjir surut pagi tadi dan pihaknya sedang menyemak data jumlah binatang dalam zoo berkenaan. 


Sumber :
- Bernama
- Sinar Harian


Related Posts:

  • Kaki tumbuh pada otak bayi Allah berfirman: أَفَرَأَيْتُمْ مَا تُمْنُونَ أَأَنْتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ “Adakah kamu lihat apa yang kamu pancarkan [sebagai air mani itu], adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadik… Read More
  • Yussry Bin Edoo meninggal dunia, disahkan oleh Zamatul Amri Zakaria Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah meninggal dunia lebih kurang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015 di Hospital Selayang akibat serangan jantung dan sesak nafas. Perkara terseb… Read More
  • Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 … Read More
  • Gambia kini negara Islam BANJUL: Presiden Gambia, Yahya Jammeh telah mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam dalam usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya. Negara kecil yang dinamakan sempen… Read More
  • 18 ekor buaya lari dari zoo   Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di Permatang Siantar, Sumatera Utara dilanda banjir akibat hujan lebat yang turun seharian. Dalam kejadian malam kelmarin, kesemua … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan