Perkara yang membatalkan puasa

Assalamualaikum...

Mesti anda semua akan teringat "muslihat" yang sering anda lakukan untuk membolehkan anda buka puasa sebelum tiba waktunya sama ada secara senyap-senyap atau secara simpati dari mak dan ayah.

Pastikan anda tidak melakukan atau terlakukan perkara-perkara di bawah :

Perkara yang membatalkan puasa

Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.  Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Namun begitu, terdapat beberapa golongan yang diizinkan berbuka puasa, namun jika golongan berkenaan benar-benar dapat bertahan, janganlah pula pura-pura sakit.  Golongan yang dimaksudkan ialah :

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Related Posts:

  • Syarat dan jenis zakat  Assalamualaikum...Apabila tiba ramadhan, pastinya zakat menjadi salah satu kemestian untuk segera ditunaikan.  Pemberian bantuan kepada orang susah atau miskin tidak boleh dianggap zakat kerana ianya tergolong da… Read More
  • Sunat Melambatkan Waktu Bersahur Kualiti makanan yang diambil perlu diteliti sebaiknya agar tubuh badan kita mendapat nutrien dan tenaga yang secukupnya bagi berpuasa di siang hari. Assalamualaikum... Seperti hadith yang diriwayatkan oleh Al-Buk… Read More
  • Pengertian di bulan Ramadhan : Umat Islam masih lagi buta ~gambar hiasan~Bila tukang masak lambat siap, mereka marah, tetapi apabila sudah siap dan mereka mulai makan, akhirnya tak habis... Assalamualaikum... Artikel kali ini adalah ilham dari pemerhatian saya semasa … Read More
  • Bilangan rakaat dalam solat tarawih : berapakah yang seperlunya?  Assalamualaikum....Tentunya menjadi perbualan di kalangan kita tentang jumlah rakaat untuk solat tarawih yang dibuat di masjid.  Jika sesuatu kawasan itu terdapat beberapa surau atau masjid yang berupaya dan diber… Read More
  • Kelebihan menyegerakan berbuka puasa Berbuka puasa dengan juadah yang seperlunya sahaja, jangan berlebih-lebihan sehingga berlakunya pembaziran.  Hayati maksud terkandung dalam ibadah puasa... Assalamualaikum... Melalui hadith yang diriwayatka… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan