Keputusan bola sepak perlawanan pertama pusingan ke dua kelayakan Piala Dunia Singapura dan Malaysia

 
Semoga pasukan bola sepak Malaysia bangkit untuk kemenangan 
di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis, 28 Julai 2011 dan 
seterusnya layak ke pusingan berikutnya..

Assalamualaikum...
Saya melihat aksi skuad Harimau Malaya agak "canggung" dan ada yang tidak kena.  Adakah para pemain Malaysia kena keracunan makanan, terkena jampi atau hilang "mood..."?.  Perancangan pasukan kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak.  Sungguh ketara perbezaan persembahan pasukan ini dengan perlawanan mereka sebelum ini.  Sarbinee Alawe dilihat hilang ketangkasannya dalam menjaga gol Harimau Malaya.

Di mana belangmu..? Di mana taringmu..?  Di mana "keganasanmu..."?.  Ayuh Harimau Malaya, buktikan kejaguhanmu pada 28 hari bulan 7 ini dengan membenam Singapura sedalam-dalamnya di lubuk kekalahan.  Biarlah Singapura bukan sahaja dilanggar todak, bahkan akan dilanggar gelora sang Harimau Malaya...!!!.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan